BEKAS PEMIMPIN DAP AKUI KIT SIANG PERALAT Dr. M



Umum menyangkakan dengan kenaikan Mahathir memimpin Pakatan Harapan, beliau secara tidak langsung menjadi ketua kepada kumpulan tersebut walaupun diapit oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di dalam kedudukan tertinggi. Punca Anwar dan Wan Azizah dikatakan tidak dapat mengawal Mahathir adalah kerana Anwar dipenjarakan manakala Wan Azizah adalah seorang pemimpin yang sangat lemah.

Tetapi dengan menyangkakan kedudukan Mahathir sebagai 'Top Dog' di dalam Pakatan Harapan adalah salah. Mahathir mungkin merupakan 'Old Dog' yang tidak boleh diajar 'trick' baru atau beliau mungkin adalah 'Hot dog' yang diapit oleh roti basi(Anwar dan Wan Azizah).

Sebenarnya, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta DAP pimpinan mereka adalah paling berkuasa. Perkara ini telahpun didedahkan oleh bekas ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau yang pernah menyatakan Tun Dr. Mahathir Mohamad diperalatkan Lim Kit Siang dalam perancangan menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menerusi satu video yang diviralkan mengakui DAP bertindak ‘menyelamatkan’ Dr. Mahathir dan kini menggunakan bekas Perdana Menteri itu sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Kami menyelamatkan Dr. Mahathir dan kami menggunakan beliau sebagai alat untuk menga­lahkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami mengguna­kan Dr. Mahathir un­tuk membunuh ayam,” katanya yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ dalam klip video berdurasi 43 saat yang disiarkan di laman Facebook MyNation News dan telah viral di media-media sosial pada tahun lepas.

Kuan Yau mendakwa, langkah DAP memperalatkan Dr. Mahathir adalah kononnya bertujuan menyelamatkan negara ini daripada kepemimpinan kerajaan yang dite­rajui UMNO.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa kuasa DAP dilemahkan kerana hanya mempunyai bilangan perwakilan yang sedikit di dalam Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Harapan. Tetapi itu adalah satu falasi iaitu pernyataan yang salah. DAP tidak memerlukan bilangan jawatan untuk berkuasa. Lihat sahaja bagaimana PPBM yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen mengetua Pakatan Harapan sedangkan DAP mempunyai jumlah terbesar. Bukankah ia bermakna DAP yang mempunyai suara tertinggi yang bakal menentukan halatuju?

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments