KERJASAMA PAS DAN PAKATAN HARAPAN HANYA LAWAK JENAKA




Baru-baru ini satu tulisan dalam portal maya mendakwa kononnya bahawa PAS Kedah sedang menimbang semula kerjasama dengan Pakatan Harapan sedangkan Pakatan Harapan masih dibelenggu dengan pelbagai persoalan seperti persediaan jentera, jumlah cawangan parti komponen, kekuatan akar umbi dan status pendaftaran mereka masih lagi kabur.

Namun begitu PAS Kedah telah menegaskan bahawa parti berkenaan akan bergerak sendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekaligus menafikan berita yang kononnya PAS Kedah akan mempertimbangkan semula kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP sebagaimana yang digembar-gemburkan di media sosial sebelum ini.

Sehingga sekarang Pakatan Harapan yang diketuai dan dipimpin oleh DAP menagih simpati dan belas ihsan PAS tetapi sampai bila-bila pun PAS tidak akan menjalinkan sebarang hubungan kerjasama dengan Pakatan Harapan. PAS sendiri sudah membuat keputusan tidak akan sesekali bekerjasama dengan Pakatan Harapan. PAS sudah sedar dan menyesal dengan tindakan parti berkenaan sebelum ini yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP sebelum ini. Inilah pengajaran buat PAS dan PAS tidak akan mengulangi kesalahan dan perkara yang sama seperti dahulu.

Apa yang jelas sikap PAS sangat bertentangan dengan pembangkang dan ini adalah amat malang buat Pakatan Harapan kerana mereka tidak akan dapat memujuk PAS untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Kerjasama PAS dan Pakatan Harapa tidak akan sekali-kali berlaku kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri, kepentingan peribadi dan politik yang tersendiri bahkan DAP sehingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya meningkatkan hukum syariah dalam kalangan umat Islam.

DAP ada agenda mereka begitu juga dengan PAS pun ada agenda mereka juga, dan PAS merasakan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan tidak mungkin akan berlaku kerana jika ada percanggahan agenda bagaimana mahu menjalinkan hubungan kerjasama antara PAS dan Pakatan Harapan. Pakatan Harapan mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan PAS lebih kepada hendak menang dan meraih undian dan sokongan orang Melayu tetapi PAS sebaliknya bukan sekadar mahu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 sahaja PAS juga mahu lakukan perubahan.

Comments