BAGI MAHATHIR, MEMBERI BANTUAN KEPADA RAKYAT ADALAH SALAH TETAPI MEMBUAT PROJEK MEGA ADALAH TIDAK MENGAPA



Baru-baru ini Mahathir menyatakan bahawa Pakatan Harapan mungkin mempunyai pelan untuk menubuhkan sebuah syarikat automotif kebangsaan baharu jika berjaya mengambilalih Putrajaya dalam PRU Ke-14. Cadangan penubuhan syarikat baru dikemukakan sekiranya kerajaan tidak berjaya mengambil alih PROTON.

Menurut Mahathir yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan, beliau mempunyai idea untuk memulakan sebuah syarikat automatif yang boleh menjadi pemangkin kepada pengetahuan dan kejuruteraan tempatan. Ujar beliau di forum mengenai pelaburan China di Malaysia, “Kalau saya tak dapat balik Proton, saya ada idea untuk memulakan sebuah lagi syarikat automotif,”

“Bagi Proton, beberapa syarikat ditubuhkan untuk membuat komponen dan bahagian untuk kereta itu. Kereta perlukan 4,000 bahagian, jadi ia memberi peluang kepada pengilang,” katanya, yang mengeluh kononnya syarikat pembuatan tempatan terpaksa ditutup sejak negara tidak lagi memiliki kereta sendiri.

Secara mudah, Mahathir menipu. Hakikatnya:
1. Negara Malaysia tidak memiliki kereta sendiri. PROTON bukanlah syarikat kepunyaan kerajaan dan sebaliknya sebuah syarikat swasta.
2. SYARIKAT SWASTA PROTON dimiliki oleh oleh DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, masing-masing dengan saham 50.1% dan 49.9%. DRB-HICOM adalah syarikat tempatan.
3. Syarikat-syarikat pembuatan tempatan terpaksa ditutup sebeleum lagi Zhejian Geely melabur dalam PROTON. Puncanya adalah kerana bilangan kompononen yang dibekalkan kepada PROTON tidak memadai untuk memastikan keuntungan.

Sudah tentu Cybertrooper-cybertrooper Pakatan Harapan sedang memuja-muja kebijaksanaan Mahathir kerana mencadangkan idea yang sangat jauh ke hadapan sehinggakan tiada pemimpin di dunia terfikirkan mengenai perkara tersebut.

Tiada masalah, Mahathir boleh menubuhkan syarikat automotif baru... pada bila-bila masa tanpa menunggu Pakatan Harapan menang. Mengapa terhegeh-hegeh nak gunakan wang rakyat untuk berbuat demikian? Anak-anak beliau adalah hartawan. Sudah tentu mereka boleh berikan wang untuk menubuhkan syarikat tersebut.

Kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan untuk menjamin kemakmuran rakyat, seperti memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dan memajukan sistem pengangkutan awam. Seperti pemberian BR1M, pembinaan MRT, BRT dan lebuhraya Pan-Borneo. Sesuatu yang Mahathir tolak sebagai rasuah, sogokan, dan gula-gula pilihanraya.

Sudah terbukti bahawa perancangan Mahathir untuk menubuhkan syarikat kenderaaan negara adalah tidak berjaya kerana banyak faktor. Sekarang ini beliau nak tubuhkan lagi syarikat kenderaan baru? Mahathir kata Melayu mudah lupa, tetapi mungkinkah sebenarnya Mahathir yang mudah lupa?

Comments