AZMIN JANGAN JADI PONDAN SELESAIKAN ISU SPLASH



Kerajaan PKR Selangor sepatutnya menghentikan semua sandiwara politik dengan memberikan fokus menyelesaikan isu rakyat khususnya dalam soal pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash). Kerajaan Negeri seharusnya telah memberikan penawaran harga untuk proses pengambil alihan syarikat berkenaan, tetapi perkara berkenaan tidak berlaku kerana Kerajaan PKR Selangor lebih gemar untuk bermain politik.

Di Selangor semuanya dipolitikkan dan inilah yang menjadi punca mengapa penyelesaian masalah air begitu sukar dicapai. Penilaian harga yang dijalankan oleh sebuah badan penilai bebas antarabangsa ke atas SPLASH adalah bertujuan untuk menjadi rujukan harga pihak Kerajaan Persekutuan. Ini membolehkan Kerajaan Persekutuan untuk menentukan bahawa harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berpatutan. Hakikat sebenar-benarnya tidak susah untuk kerajaan negeri mengemukakan harga, Azmin perlulah jadi ayam jantan dan mengemukakan tawaran kepada SPLASH.

Malah pengambilan ekuiti SPLASH dari RM 250.6 juta kepada RM 2.7 billion dan kalau mahu diikutkan ia lebih kepada 10 kaliganda nilaian asal. Baru-baru ini juga cadangan pengambilan 2.7 bilion ekuiti SPLASH menimbulkan persoalan kerana ia meningkatkan kos ambil alih dari RM 9.65 bilion kepada RM 12.1 bilion . Sekiranya ini berlaku bagaimana Kerajaan Negeri mahu menguruskan tambahan RM 2.45 bilion?

Apakah Kerajaan Selangor akan menggali khazanah perbendaharaan Selangor sebanyak 2.45 bilion? Atau mendapatkan 2.45 bilion dan adakah mereka perlu membuat pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan?

Azmin juga dilihat tidak bermoral apabila bersunguh-sungguh mahu membuat bayaran sebanyak RM 3 bilion kepada SPLASH walaupun nilai taksiran hanyalah RM 250. Persoalannya adakah bermoral, Azmin dan Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan beratusan juta ringgit untuk membayar juruperunding undang-undang dan kewangan semata-mata menyediakan laporan yang menjustifikasi lebihan bayaran.

Mengapa semua ini terjadi? Jawapannya mudah sahaja, semua ini terjadi kerana ia berpunca daripada sikap Kerajaan Negeri yang hanya menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa keadaan. Kerajaan Selangor dilihat tidak serius dalam memperjuangkan hak rakyat di Selangor apabila dilihat masih gagal untuk menyelesaikan isu air. Sikap ini membuktikan bahawa Kerajaan Selangor tidak dapat menyediakan penyaluran air bersih untuk rakyatnya secara konsisten.

Kesannya akan terkena pada rakyat Selangor, Rakyat Selangor yang akan menderita akibat sikap tidak cekap Kerajaan Negeri untuk menguruskan air Selangor. Ini juga melibatkan dana kerajaan rakyat Selangor dan bebanan bekalan air kepada rakyat agar segera diselesaikan sebaik-baiknya agar misi menjaga kebajikan dan masalah rakyat dicapai.

Kesimpulannya Azmin jangan berterusan jadi pondan sehingga tidak mampu menyelesaikan isu SPLASH ini, kerana kalau jadi Menteri Besar Selangor pun tidak mampu menyelesaikan isu sekecil ini adalah lebih baik Azmin letak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sahaja. Azmin harus sedar beliau dan Kerajaan Selangor PKR telah banyak menyusahkan hidup rakyat Selangor dan mereka terbeban dan sengsara di bawah Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.

Comments