AZMIN ALI TIDAK PUAS HATI DENGAN STRUKTUR KEPIMPINAN PAKATAN HARAPAN



Walaupun Azmin Ali merupakan protege kepada Tun M, namun dirinya sebenarnya lebih malang setelah Mentornya itu diangkat sebagai Pengerusi PH.

Azmin Ali dikatakan tidak berpuashati dengan penganugerahan jawatan yang disandangnya di dalam struktur kepimpinan PH yang diumumkan baru-baru ini iaitu sebagai NAIB PRESIDEN sahaja.

Walaupun dia duduk sebaris bersama Mukhriz, Salahuddin Ayob dan Chong Cheng Jien, Azmin Ali nampaknya cuba membayangkan kedudukannya lebih tinggi dari jawatan tersebut.

Oleh yang demikian, Azmin Ali cuba mendapatkan perhatian kepimpinan yang lain dengan cuba menyebarkan bahawa dirinya mahu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR sekaligus akan meletak jawatan sebagai MB Selangor.

Walau bagaimanapun, tekanan ini sebenarnya timbul bukan kerana perlantikan PH yang berlangsung baru-baru ini, tekanan ini sudah wujud sejak hari pertama Azmin Ali menjawat jawatan MB.

Oleh kerana sikap tidak adilnya kepada sesuatu kaum terutamanya rakyat berketurunan Cina dalam setiap keputusan yang dilakukan, DAP telah melancarkan serangan halus untuk memastikan Azmin Ali melepaskan jawatannya sebelum PRU-14 ataupun tidak dilantik semula selepas pilihanraya itu.

Pada masa yang sama, pihak Istana Selangor juga tidak berkenan dengan beberapa keputusan Azmin Ali yang banyak berpolitik apabila diamanahkan untuk menjaga kesucian agama Islam dan agensi serta perkara yang berkaitan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera di Selangor.

Apa yang tinggal kini adalah harapan Azmin Ali untuk memastikan Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bersama PAS tidak berkubur. Sokongan yang hanya berapa peratus inilah yang Azmin Ali bawa ke hari ini untuk menghabiskan sisa-sisa riwayatnya sebagai MB Selangor.

Walaupun tidak melalui pertemuan rasmi, Azmin Ali sentiasa berhubung dengan pemimpin PAS untuk meyakinkan mereka bahawa dirinya masih tidak menyebelahi DAP yang rakus.

Berpunca dari itulah, Azmin Ali kini dipinggirkan dan mungkin akan dilenyapkan peranannya dalam arena politik Pakatan Harapan.

Comments