ADAKAH AZMIN ALI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH MBI SUDAH BERSEDIA DENGAN SOALAN MAUT SPRM?


Semalam pada 22 Ogos 2017 SPRM telah menyerbu 5 lokasi penting yang ada kaitan dengan skandal penyelewengan RM16 juta MBI Selangor.

Penyiasatan yang dilakukan SPRM ini adalah untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pembayaran RM16 juta dipercayai oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dari Selangor kepada sebuah syarikat swasta.

SPRM dikatakan telah menggeledah lima lokasi untuk mendapatkan maklumat dan dokumen bagi membantu siasatan.

Syarikat swasta itu dikatakan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di kampus induk Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Maklumat lain yang diterima, MBI dipercayai telah membayar wang terbabit kepada syarikat itu sedangkan kontrak syarikat tersebut telah ditamatkan oleh UNISEL pada 2012.

Kemudian MBI dipercayai telah membuat pembayaran kepada syarikat itu menerusi dua transaksi iaitu sebanyak RM10 juta pada tahun 2015 dan RM6 juta pada tahun 2016.

Namun penyiasatan SPRM menjurus kepada punca pembayaran tersebut oleh MBI sedangkan syarikat itu telah gagal melaksanakan kontrak yang diberikan mengikut kontrak perjanjian pelaksanaan kerja-kerja di UNISEL sekitar tahun 2012.

Apa yang kita mahukan di sini adalah siasatan yang menyeluruh ke atas individu yang meluluskan bayaran berkenaan terutamanya barisan kroni MB Selangor iaitu Azmin Ali.

Jika dilihat semula surat kelulusan pembayaran yang tersebar di media sosial semalam, surat tersebut telah ditandangani oleh AZMIN ALI, NOORDIN SULAIMAN, NIK SUHAIMI NIK SULAIMAN, DR MUHAMAD ZUHADI BARDAIE, CHE ROSLI CHE MAT dan NIK NAZMI NIK AHMAD.

Mereka semua boleh menjawab soalan maut SPRM selepas ini. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim yang difitnah PKR dan Azmin Ali selama ini akan terselemat dari hukuman duni SPRM kerana dia telah melaksanakan tugas dengan jujur dan baik.


Comments