99% MANIFESTO BN SUDAH DIKOTAKAN, MANIFESTO PAKATAN HARAPAN APA SUDAH JADI?



Sekarang ini serangan dan hentaman bertubi-tubi yang tidak berasas dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan tetap juga mampu melaksanakan janji-janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas kepada rakyat.

Tetapi kita lihatlah sehingga kini Pakatan Harapan masih gagal melaksanakan manifesti mereka malahan mereka gagal merancang dan melaksanakannya. Mereka sebenarnya memang merancang manifesto itu untuk berjaya, sebaliknya mereka jadikan ianya berjaya hanyalah berusaha untuk mendapatkan undian rakyat bagi memenangi Pilihan Raya Umum berkenaan.

Pakatan Harapan terlalu sibuk memburukkan Kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan di mana perginya janji manis mereka, selama ini? 

Lihatlah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi jurucakap Pakatan Harapan hanya tahu membuat kajian untuk mencari kesalahan orang lain. Tetapi mengapa Rafizi Ramli tidak mahu menjalankan kajian bersama Invoke Malaysia untuk mengkaji manifesto pembangkang, apa pencapaian yag telah mereka sumbangkang kepada rakyat, apa prestosi pembangkang selama ini?

Azmin juga gagal menunaikan manifesto Selangor janji-janji yang dibuat oleh beliau selama ini tidak ditunaikan, sebagai contoh duit khairat kematian orang mati pun disonglap, duit SPLASH kena songlap, duit buat pintu gerbang terlalu mahal entah masuk ke poket kroni siapa.

Sama juga di Pulau Pinang, masa berjanji bukan main lagi, tetapi apabila sudah perintah DAP terus bertindak dengan kejam ke atas rakyat, sehinggakan air anik 4 kali, 25 kampung Melayu lenyap, nelayan hilang rezeki, tanah untuk buat rumah rakyat dijual kepada kroni sehinggakan dalam diam-diam kroni songlap duit Yayasan Bumiputera sampai jutaan ringgit.

Berbeza sekali jika mahu dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin dan ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerajaan yang bertanggungjawan bagi menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. Kerajaan Barisan Nasional akan cuba menunaikan apa sahaja yang telah mereka janjikan bukan seperti pembangkang yang hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak menunaikan janji-janji mereka.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa meletakkan rakyatsebagai tanggungjawab utama kerana kerajaan ini adalah pemimpin yang dipilih mereka untuk mengemudi negara dan untuk menjaga kebajikan mereka. Jesteru itu, Kerajaan Barisan Nasional perlu berkhidmat bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Semestinya Kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu rakyat dan negara.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments