Program Jom Bina Semula Negara Kita yang dikendalikan Rafizi sebenarnya banyak kelemahan dan hanya satu program yang berbentuk dan bermotifkan politik semata-mata. Program Jom Bina Semula Negara Kita tapi yang diagungkan bahasa barat, cara ini kah yang mahu Rafizi terapkan dalam budaya rakyat Malaysia?
Jelas sekali kita nampak Rafizi yang beria-ia untuk mengadakan program Jom Bin Semula Negara Kita tapi mengapa menggunakan baju Rebuilding Our Nation? Mengapa tidak menggunakan bahasa kebangsaan?
Memakai baju berbahasa Inggeris dalam kempen ini adalah satu tindakan bawah sedar yang memberi gambaran ketidakprihatinan Rafizi dan pasukannya terhadap kepentingan bahasa kebangsaan.
Jika Rafizi disebut-sebut akan menjadi orang terpenting dalam kabinet jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya maka pemilihan tersebut adalah salah dan tidak tepat sekali kerana dia tidak patriotik dan tidak mempunyai semangat kenegaraan.
Jika hal ini adalah dianggap remeh atau kecil bagi segelintir pihak dan pemimpin politik. Maka tidak mustahil bahasa kebangsaan sekali lagi diperkecilkan oleh pemimpin masa kini yang berhajat mahu menjadi pemimpin negara pada masa depan.
Apakah maksud ‘bina semula negara kita’ yang Rafizi ingin laung-laungkan seluruh negara itu? Apakah hanya dengan dasar ekonomi semata-mata, sedangkan membina semula negara adalah persoalan yang sangat mendasar sifatnya.
Rafizi jangan terkeliru dan terpesong dalam hal ini. Membina negara adalah suatu budi, tanggungjawab bangsa dan satu keadilan buat segenap baka. Negara tidak dibina dengan kesedaran politik dan ekonomi semata-mata.
Kesedaran berbahasa dan berbangsa adalah tunggak kekuatan negara. Bahasa Jiwa Bangsa. Inilah kata-kata keramat tinggalan para pujangga lama.
Dasar sesebuah negara ialah kebudayaannya yang bertamadun. Antara teras budaya adalah bahasa. Bahasa ini menghubungkan makna dalam akal dalam sesuatu masyarakat.
Masa untuk bertolak ansur dalam soal bahasa kebangsaan sudah sampai ke penghujungnya. Adalah diseru agar seluruh warga bangsa Malaysia bangkit menolak sebarang usaha yang meminggirkan bahasa kebangsaan.
Dengan itu bersegeralah Rafizi dan Invoke melucutkan baju tersebut kerana gagal mencerminkan semangat mencintai Bahasa Kebangsaan dan berhentilah untuk datang ke negeri-negeri yang dituju!
Sarungkan jasad kita dengan budaya bangsa bukan dengan bahasa asing. Perlu diingatkan di sini, Kita bina semula negara dengan budaya kita dan bukan bina semula negara dengan cara Rafizi.
Comments
Post a Comment