PO1 menyatakan kebimbangannya apabila Pakatan Harapan dilihat masih tidak dapat bekerjasama di kalangan 4 parti komponen DAP, PKR, AMANAH dan PPBM menjelang pilihanraya umum ke 14 (PRU14) tidak lama lagi. Pakatan Harapan masih memerlukan banyak masa bagi menyelesaikan perkara tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya kerana banyak kemelut dan krisis dalaman yang masih sukar diselesaikan dalam kalangan parti Pakatan Harapan.
Sudah acap kali kita dengar dari mulut-mulut pemimpin Pakatan Harapan yang sentiasa memberitahu bahawa mereka senada dan sepakat. Walhal keadaan sebaliknya berlaku dalam Pakatan Harapan kerana mereka tidak sependapat dan saling bercanggah pandangan.
Formula kesepakatan yang dicari-cari Pakatan Harapan sehingga kini masih lagi gagal dicari dan ianya bukan formula yang mampan untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan kita juga telah melihatnya berlaku berkali-kali berlaku dalam pembangkang. Apa yang jelas pembangkang adalah formula yang amat rapuh.
Kalau tiada kestabilan ertinya Pakatan Harapan tidak boleh merealisasikan perjuangan mereka dan ianya agak sukar untuk dilaksanakan. Pakatan Harapan masih mencari rentak dan terus mencari-cari satu formula dalam hubungan dan politik mereka yang sehingga kini tidak dicapai.
Senario politik Pakatan Harapan hanya menampakkan perjuangan parti masing-masing berbanding kesepakatan pakatan pembangkang. Mereka saling berbalah dan tidak sepakat dalam menyuarakan sesuatu isu dan ini menyukarkan sesuatu keputusan itu dibuat dan dipersetujui sesama mereka.
Pendek kata, Pakatan Harapan kini sedang mengalami imej yang buruk dan keruntuhannya semakin jelas apabila konflik dalaman telah menyebabkan lebih banyak parti-parti kecil muncul, yang kemudiannya bakal mendedahkan keburukan-keburukan dan kekalutan dalam parti Pakatan Harapan.
Comments
Post a Comment