PEMBINAAN HOSPITAL PENDANG ADALAH BUKTI KERAJAN BN PRIHATIN



Kerajaan sentiasa prihatin mengenai keperluan rakyat seperti yang dibuktikan menerusi pembinaan hospital baru di Pendang, Kedah dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan tersebut, seperti yang dibuktikan menerusi pembinaan hospital baru di Pendang, Kedah.

Sebaliknya, pembangkang yang hanya tahu menyalak akan mengatakan bahawa kerajaan hanya pandai memberikan dedak atau gula-gula pilihanraya.

Namun, bagi menjalankan projek seperti membina hospital di sesuatu kawasan, adalah tidak memadai kerajaan hanya memberikan hanya tanah dan wang untuk membina bangunan hospital. Sebaliknya, perkara-perkara lain seperti rancangan perbekalan, perjawatan, unjuran perbelanjaan dan sebagainya hendaklah dirancang dengan baik, dan ini memerlukan perencanaan yang mengambil masa.

Hospital Pendang adalah merupakan antara enam hospital baru yang diumumkan di bawah RMK11 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hospital berkenaan yang dijangka berkos RM220 akan mampu menampung 250 orang pesakit bagi 11 jenis kepakaran seperti pediatrik, ortopedik, kecemasan dan trauma, patologi serta radiologi.

Sementara itu, Ahmad Bashah di dalam merasmikan hospital berkenaan berkatan bahawa sokongan rakyat kepada Umno di daerah Pendang khususnya dan Kedah umumnya masih utuh dan padu apabila ribuan rakyat pelbagai kaum hadir pada setiap majlis yang dianjurkan.

Ujar beliau lagi, jika rakyat kekal bersatu dan sentiasa bermuafakat, apa sahaja cabaran yang dihadapi dapat disempurnakan dengan baik dan hasilnya dapat dirasai keseluruhan rakyat.

Comments