PAS DAN UMNO BEKERJASAMA DEMI RAKYAT





PAS bersedia menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan isu-isu rakyat sebagai keutamaan. Kerjasama PAS dan Barisan Nasional dilakukan semata-mata demi rakyat.

Tindakan ini adalah pendekatan yang terbaru yang seharusnya diambil berikutan PAS sebagai Parti Islam menolak segala fahaman politik yang berbeza. PAS dan UMNO bekerjasama untuk menangani dan mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan isu-isu rakyat. Kerjasama ini adalah untuk perkara yang baik-baik sahaja dan tidak akan bekerjasama untuk perkara yang tidak baik. Ini adalah pendekatan yang terbaru dan terdekat yang diambil oleh PAS.

PAS tidak pernah takut mahupun gusar menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional memandangkan kerana kedua-dua parti membawa agenda perjuangan untuk memartabatkan agama Islam di negara ini. Hanya UMNO dan PAS sahaja tempat orang Melayu

Walaupun PAS dan UMNO mempunyai ideologi politik yang berbeza namun hubungan kedua-duanya masing-masing merupakan parti Islam di negara ini yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Kita seharusnya ingat bahawa umat Islam walaupun berbeza pegangan politik adalah diharamkan berpecah dan perkara itu telah dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

UMNO dan PAS bekerjasama demi kelangsungan Islam di nehara ini dan kita sememangnya tahu dalam ajaran Islam sekiranya umat Islam berpecah orang Islam dan negara Islam akan berpecah hancur. Ideologi yang berlainan tidak mengapa sebaliknya perpecahan yang tidak boleh. Kita hendaklah selamatkan Islam di negara ini dan hanya dengan satu cara sahaja iaitu kerjasama antara PAS dan UMNO. UMNO dan PAS seharusnya bekerjasama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju. Dan demi kelangsungan politik Melayu dan Islam memandangkan perkara berkenaan adalah perintah Allah dan Rasulullah supaya kita semua bersatu padu dan bertolong-tolongan atas perkara kebaikan dan ketakwaan.

UMNO dan PAS tidak boleh berpecah belah memandangkan kedua-dua parti ini mempunyai pengikut Melayu dan beragama Islam. Ini penting kerana dengan hanya penyatuan orang Melayu-Islam selaku masyarakat dominan dapat menjamin kestabilan negara ini. Apa yang penting UMNO dan PAS bersama-sama mencari titik persamaan dan kesafahaman antara satu sama lain.

Kesimpulannya UMNO dan PAS seharusnya terus bersatu demi politik yang matang dan kebaikan rakyat juga. Janganlah disebabkan perbezaan ideologi UMNO dan PAS brermusuh-musuhan di antara satu sama lain.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments