PAN JANGAN BERMIMPI DAPAT MERAMPAS KELANTAN DARI PAS



PAS Kelantan mengingatkan dan menyeru Amanah Negara (PAN) supaya tidak terlalu bercita-cita tinggi atau memiliki impian yang besar untuk cuba merampas Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

PAN seharusnya sedar bahawa mereka mempunyai peluang sangat tipis untuk meraih undian dan memikat hati pengundi Kelantan mengundi mereka. Oleh itu tujuan parti boneka berkenaan untuk menjatuhkan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah satu igauan semata-mata.

PAN sama sekali tidak akan bertahan lama sama ada di Kelantan mahupun di luar negeri Kelantan sekalipun dan ianya hanya wujud atas rasa kecewa dari pimpinannya yang juga dari PAS. Perjuangan PAN juga rapuh dan tiada hala tuju memandangkan segala hala tuju dan matlamat mereka semuanya ditetapkan dan ditentukan oleh DAP.

Sebagai bukti, Husam dicalonkan oleh Lim Kit Siang untuk menjadi Menteri Besar Kelantan dan bukannya presiden PAN.

PAS sangat berpengaruh di Kelantan dan bukan senang untuk PAN mengetepikan PAS, Pakatan tidak akan dapat undi majoriti daripada rakyat. Perbezaan perjuangan politik antara PAS dan PAN sekadar hanya berada di dalam Pakatan Harapan, tidak bermakna PAN mampu untuk menarik pengundi PAS di Kelantan.

Dengan hanya mempunyai matlamat yang berbeza tidak mencukupi dan juga sekadar berada di dalam Pakatan Harapan juga tidak akan menjamin kemenangan kepada PAN kerana mereka juga harus melakukan penstrukturan parti.

Sebaliknya, PAS sebagai parti yang lebih besar dan berpengalaman, mempunyai tenaga, kekuatan dari segi dana dan semuanya berjalan dengan licin dan lancar dan mempunyai matlamat perjuangan yang unik dan kuat. Sebaliknya PAN tidak mempunyai kekuatan, banyak kelemahan dan peluang PAN untuk memberikan persaingan yang sengit kepada PAS sangatlah tipis. Bukan mudah untuk PAN membentuk kerajaan baharu di Kelantan. Bukan mudah untuk dilakukan dalam sekelip mata.

PAN merupakan parti baru yang jauh ketinggalan jika dibandingkan PAS yang sememangnya sudah lama mempunyai pentadbiran yang khusus berdasarkan matlamat perjuangan matlamat Negara Islam dan mereka inilah yang menjadi cabaran utama kepada PAN.

Kesimpulannya PAN jangan terlalu bermimpi untuk mendapatkan Kelantan kerana mereka hanyalah parti sekadar di pinggiran langsung tidak diperlukan dalam parti.

Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Untuk mendapat artikel-artikel terkini, sila ‘like’ atau‘follow’ halaman FB Malayan News.

Comments