NAJIB MOHON JEMAAH HAJI DOAKAN KEMAKMURAN MALAYSIA



Perdana Menteri, Najib pada 24 Julai, memohon bakal jemaah haji Malaysia yang akan berlepas pada tahun ini agar tidak lupa untuk mendoakan kemakmuran Malaysia.

"Lakukan ibadah haji sebanyak mana dan yang terdaya. Jangan lupa berdoa demi negara Malaysia kita tercinta. Berdoalah semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada negara kita agar menjadi sebuah negara yang aman, berjaya, yang akan terus disanjung tinggi oleh semua pihak.

"Semoga yang pergi haji ini akan mendapat haji yang mabrur. Selamat berlepas dan selamat kembali. Moga dapat lakukan ibadah haji dengan aman dan tenang," ucap beliau semasa perlepasan kumpulan kedua jemaah haji dari Malaysia bertempat di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Kumpulan jemaah haji yang kedua itu terdiri daripada 420 orang jemaah dan telah berlepas pada 9.30 malam. Pergerakan tersebut menyusul perlepasan kumpulan pertama seramai 400 yang telah berlepas pada pukul 6.00 pagi hari yang sama.

"Kita di Malaysia ini dapat banyak keistimewaan. Jangan fikir yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek, tidak. Ini berlaku kerana usaha dilakukan kerajaan Malaysia.

"Bukan saya hendak dapatkan semua (penghargaan itu), tidak, ini semua kerana jemaah haji kita yang akhlaknya baik, tingkah laku baik, sikapnya yang baik, boleh jadi contoh kepada yang lain," katanya lagi.

Beliau di dalam ucapan beliau turut mengulas mengenai kejayaan Malaysia mendapatkan kuota tambahan daripada 27,900 kepada 30,200 iaitu peningkatan sebanyak 2,3000 (8.24%) susulan pengurusan jemaah Malaysia yang baik dan hubungan istimewa antara kedua-dua negara.

Tidak seperti sebilangan kecil pemimpin yang asyik menyebut-nyebut mengenai kehancuran Malaysia seolah-olah mendoakan negara ini hancur, Najib lebih mengfokus kepada menjalankan tugas beliau dan memakmurkan negara.

Persoalan mudah:

Adakah seorang bekas Perdana Menteri yang kini berada di dalam Pakatan Harapan pernah melakukan bersama-sama dengan jemaah haji untuk memohon mereka mendoakan Malaysia.

Tidak pernah.

Bahkan beliau lebih terkenal dengan memperpelekehkan hukum-hukum Islam seperti memperkatakan Nabi s.a.w. dan orang-orang zaman itu berjanggut dan bermisai ialah kerana pisau cukur belum ada dan mereka yang menunaikan haji yang dibantu oleh 1MDB tidak mabrur haji mereka.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.



Comments