MAHATHIR MENYEMBAH DAN SUJUD KEPADA ANWAR IBRAHIM DEMI KEPENTINGAN PERIBADI POLITIK



Mahathir manusia ‘’political animal’’, boleh berubah wajah sekelip mata, Mahathir boleh berkawan dengan musuh dan menjadikan sesiapa sahaja sebagai mangsa. Selepas bertahun-tahun lamanya Mahathir bermusuhan dengan Anwar Ibrahim akhirnya Mahathir mengangkat bendera putih untuk berbaik semula dengan Anwar Ibrahim. Mahathir sangat terdesak sehingga sanggup menggadai maruah dan menebalkan muka untuk berbaik semula dengan Anwar Ibrahim.

Politik Mahathir berubah-ubah bukan berdasarkan prinsip tetapi demi kepentingan peribadi. Tindakan Mahathir ini bukan sahaja menjatuhkan dan mengaibkan maruah dirinya tetapi turut penyokong-penyokong tegar dan kroni-kroni beliau juga akan turut sama terpalit dan tercalit sama. Mahathir tiada pilihan lain selain menyembah Anwar kerana untuk mencapai misi dan matlamat beliau sendiri bagi menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mendapat sokongan sesetengah pihak seperti yang diharapkan.

Mahathir terpaksa menggunakan apa juga cara sekalipun bagi menjatuhkan dan menggulingkan kerajaan sedia ada sekarang. Mahathir sendiri boleh berbaik semula dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang setelah bermusuhan selama bertahun-tahun dan tidak mustahil Mahathir berbaik semula dengan Anwar Ibrahim. Kenyataan yang kita semua harus terima Mahathir adalah ‘political animal’ yang sentiasa berubah wajah, Mahathir boleh berkawan dengan musuh tetapi beliau juga boleh menjadikan sesiapa sahaja sebagai mangsa beliau sendiri.

Bagi Mahathir politik adalah segalanya bagi Mahathir. Mahathir tidak akan mempedulikan orang lain, dan tidak akan mempedulikan mengenai perjuangan asalkan matlamat dan misi beliau akan tercapai dan menjadi kenyataan. Untuk orang-orang seperti Mahathir, pada bila-bila masa sahaja kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi mangsa dan tidak mustahil musuh yang sudah berpuluh-puluh tahun pun boleh menjadi kawannya semula.

Kesimpulannya dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal abadi, sebaliknya yang ada hanyalah rundingan semata-mata, apa yang penting bagi Mahathir adalah keuntungan atas kepentingan politik di mana seteru, kawan dan lawan boleh berubah dalam sekelip mata untuk membolehkan dan mencapai serta menjayakan kepentingan politik Mahathir semata-mata.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments