MAHATHIR MAHU HANCURKAN NAJIB DAN BARISAN NASIONAL





Semua sedia maklum tindakan Mahathir hanya bermotifkan dendam dan mahu menghancurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti Barisan Nasional sehingga lumat. Ini terbukti apabila sebelum ini Mahathir sering kali mengeluarkan pelbagai kenyataan berupa tohmahan dan cacian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir juga pernah mengaku hasrat awalnya adalah untuk menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan pastikan Barisan Nasional lingkup serta merta.

Mahathir mendakwa negara Malaysia yang diasaskan sebelum ini sehingga dinamakan sebagai ‘Asean Tiger’ sudah berubah kepada negara yang paling korup, muflis dan bankrap sehingga digelar ‘Negara Kleptokrasi’ iaitu negara yang dikuasai oleh perompak, pencuri dan penyamun.

Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan dan menggulingkan Barisan Nasional dan segala tuduhan, cemuhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berprinsipkan moral.

Mahathir sebenarnya kecewa dengan kekalahan anaknya Mukhriz Mahathir sebanyak tiga kali iaitu tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, dan akhirnya kalah jawatan Naib Presiden UMNO dan diturunkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Itulah yang menyebabkan Mahathir melupakan prinsip moral yang dipegang oleh beliau sebelum ini sehingga sanggup berpakat dengan pembangkang untuk membalas dendam dalam menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Untuk memastikan agenda dan kepentingan politik Mahathir tercapai, Mahathir berusaha untuk memastikan semua parti pembangkang bersatu sebagaimana bersatunya parti-parti dalam Barisan Nasional sebelum ini. Mahathir menggunakan cara ini dengan harapan parti pembangkang boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 sebagaimana Barisan Nasional menang selama ini.

Kesimpulannya Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda dan kepentingan politik untuk menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir sanggup menggadai prinsipnya dan mengkhianati orang Melayu demi mengejar kepentingan politik dan kuasa untuk dirinya semata-mata.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.


Comments