MAHATHIR KAKI U-TURN KINI BERPELUK CIUM DENGAN KIT SIANG



Sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau yang menanamkan fahaman ideology bahawa pakatan pembangkang adalah merupakan anasir sibversif yang merosakkan kemakmuran dan keamanan negara memandangkan merekalah yang menanamkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan dan pemerintah sedia ada.

Semasa menjadi Perdana Menteri, Mahathirlah yang mengawal semua aspek termasuklah media sosial dan menggunakan undang-undang bagi memastikan kuasanya dan pengaruhnya tidak mudah digugat oleh pakatan pembangkang.

Mahathir yang menanamkan sendiri dalam pemikiran orang Melayu DAP tidak boleh dijadikan kawan rapat dan jauh sekali jalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Mahathir juga pernah berkata Kit Siang rasis, tetapi kini sebaliknya Kit Siang adalah segala-galanya buat Mahathir, apa sahaja yang diperkatakan oleh Kit Siang dan DAP semuanya diterima bulat-bulat dan betul oleh Mahathir, semuanya benar belaka.

Mahathir boleh buat pusingan U Turn dan boleh pula Mahathir berkata kononnya inilah adalah jalan yang terbaik untuk beliau dan Kit Siang berbaik dan menjalinkan hubungan kerjasama.

Hakikatnya Mahathir dan U Turn tidak boleh berpisah, apa sahaja yang dituduhnya, yang dicaci oleh Mahathir semuanya dijilat semula. Kita ini harus ingat dan sedar segala apa yang dilakukan oleh Mahathir semuanya ada kepentingan peribadi dan politik semata-mata.

Kita jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Mahathir, lain yang dikata lain yang dibuatnya terang-terang Mahathir adalah manusia yang tidak boleh dipercayai sama sekali.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments