Semua orang tahu siapa Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun dan beliau bukannya Perdana Menteri yang baik sebaliknya hanyalah Perdana Menteri yang bernasib baik.
Ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir menjadi Perdana Menteri yang bertaraf Professor yang bijak beliau menguasai dan mengawal segala media yang berada di luar sehinggakan tidak ada seorang pun yang berani mengkritik dan menghentam beliau. Sehinggakan tindakan memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri 20 tahun yang lalu juga berada dalam tangan dan kekuasaan Mahathir.
Tidak ada mana-mana media atau sesiapa yang boleh mengkritik segala apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar. Sesiapa yang mengkritik dan menghalang apa yang Mahathir lakukan mereka akan ditangkap di bawah tahanan ISA. Tidak kira media sama ada media cetak mahupun media elektronik ia tetap berada di bawah penguasaan Mahathir. Begitu kuat kekuasaan dan pengaruh Mahathir.
Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, individu yang bertaraf sampah pun boleh mengkritik dan membuat serangan terhadap Najib meskipun mereka tahu perkara yang sebenar dan hal di sebalik tirai.
Kini segala-galanya sudah berubah Mahathir berbaik semula dengan Anwar Ibrahim dan Mahathir berkata tindakannya sebelum ini kononnya dilakukan mengikut situati dan keadaan ketika itu.
Tetapi bagi Mahathir kini keadaannya berbeza beliau tidak mahu terus membawa kisah silam pemecatan Anwar Ibrahim dan mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar.
Sekiranya kita semua memahami langkah dan taktik terbaru Mahathir secara minda yang tertutup, sudah tentu ia akan kelihatan seperti kempen politik biasa. Apabila sesuatu ucapan itu datang dari mulut Mahathir, ia sudah tentu ada niat yang tersirat disebalik kata-kata yang tersurat.
Setiap kali Mahathir pusing ke kanan sebenarnya beliau mahu pergi ke kiri. Mahathir boleh memeluk dan membelai seseorang seperti mana Mahathir lakukan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi bakal penggantinya suatu hari nanti dan kemudian memecat orang berkenaan pada keesokkan harinya sebagai orang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Kesimpulannya Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan peribadi dan agenda politik beliau sendiri. Kita semua jangan mudah sangat percaya dan terpedaya dengan agenda muslihat serta penipuan yang dirancang oleh Mahathir sendiri.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.
Comments
Post a Comment