KIT SIANG AKUI MAHATHIR DAN ANWAR BONEKA, BUKAN 'TOP DOG'



Kit Siang mengakui dan menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti berkenaan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata Parti DAP tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan walaupun Pakatan Harapan mengumumkan Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umumnya. Sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP. 

Mahathir dan Anwar Ibrahim hanyalah boneka dan dipergunakan untuk mengaburi mata orang Melayu yang kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh orang Melayu sedangkan untuk pengetahuan umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada orang bukan Melayu. 
DAP mendominasi Pakatan Harapan dan Malaysia akan diperintah oleh Cina jika Pakatan Harapan menang dalam Plihan Raya Umum Ke-14 kerana Mahathir dan Anwar Ibrahim cuma boneka DAP semata-mata. 

Ini semuanya adalah strategi DAP untuk memastikan Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang. Hakikatnya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang adalah ketua gabungan pembangkang yang sebenar walaupun tidak kelihatan dalam carta kepimpinan mereka. 

Senarai pemimpin pembangkang Melayu yang dinobatkan dalam struktur baharu antaranya Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Wan Azizah sebagai timbalan presiden, Muhyiddin Yassin dan Mat Sabu ini hanyalah boneka DAP semata-mata. 

Kita boleh melihat dan berfikir Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi yang terbesar sebanyak 38 kerusi dan secara realitinya Kit Siang adalah ketua yang sebenar dan Mahathir hanyalah boneka dan bukannya top dogs. Senarai pemimpin pembangkang yang diumum terdiri daripada orang Melayu ia sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP. 

Kesimpulannya DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan. Mahathir dan Anwar Ibrahim hanyalah boneka semata-mata kepada DAP. DAP meletakkan orang Melayu dalam carta organisasi hanyalah untuk mengaburi mata orang Melayu semata-mata. Jadi kita pun janganlah mengikut Mahathir dan Anwar yang terlalu mudah diperbodohkan dan dipergunakan oleh DAP

Comments