Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, jelas menunjukkan peribadinya yang semakin keanak-anakan dan pendendam.
Kita semua tahu Mahathir dan penyokong serta kroni-kroni beliau kini berada dalam keadaan keghairahan dengan membangkitkan isu-isu lapok dengan menokok tambah isu-isu berkenaan hanya bertujuan untuk menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Parti Barisan Nasional.
Kita juga yakin bahawa ini bukan suatu perkara yang mustahil di mana Mahathir, penyokong-penyokong dan kroninya sama sekali tidak mempunyai perasaan malu dengan tindakan mereka yang agak keterlaluan menghentam dan menyerang Najib.
Dengan membangkitkan isu-isu lapok yang telah lama diselesaikan seperti 1MDB bukanlah satu cara yang terbaik untuk menjatuhkan dan menggulingkan Najib dan Barisan Nasional malah ia semakin menyerlahkan lagi sikap kebudak-budakan barisan kepimpinan kerajaan yang ada sekarang.
Mahathir seharusnya sedar diri dan bermuhasabah diri, tidakkah beliau lihat ciri-ciri kepimpinan dan kekaliberan beliau jauh lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan dan kewibawaan yang ada dan terserlah dalam diri Najib. Ianya ibarat langit dan bumi. Najib tidak pernah melarikan diri daripada menjawab segala persoalan rakyat jika dibandingkan dengan Mahathir yang bertindak melarikan diri dan kaki segala u-turn. Kalau Mahathir hari ini cakap lain, esok beliau akan cakap lain.
Sikap Mahathir inilah yang akan memakan diri beliau sendiri kerana menyebabkan rakyat semakin muak dan jelak dengan permainan politik dendam yang diamalkan yang tidak seharusnya ditunjukkan oleh seorang negarawan. Kalau sekalipun Mahathir berniat kembali untuk menjadi anggota Parlimen, Mahathir seharusnya bertanding di Kubang Pasu.
Tetapi kita semua masih tertanya-tanya apakah rasionalnya Mahathir yang sudah 22 tahun menjadi Perdana Menteri mahu kembali bertanding di Pekan, sedangkan beliau sudah terlalu tua untuk bertanding dan berkhidmat kepada rakyat.
Kesimpulannya Mahathir adalah punca segalanya yang merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Mahathir malah ianya turut merosakkan imej dan maruah Mahathir sendiri kerana gimik-gimik yang dirancang oleh Mahathir sendiri bagi mendapatkan perhatian dan simpati rakyat.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.
Comments
Post a Comment