JOHOR TIDAK RELA MELINGKUP DI TANGAN DAP



Untuk pengetahuan umum, Lim Kit Siang telah melaungkan keyakinan beliau bagi menawan Johor dan Johor bakal menjadi sasaran utama untuk ditawan oleh Pakatan Harapan dan bakal menjadi Pulau Pinang yang kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Tetapi semua orang pasti tertanya-tanya mengapa DAP beria-ria mahu menawan Johor sedangkan sebelum ini segala pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh parti Barisan Nasional sentiasa dipertikai dan disabotaj oleh DAP sendiri. Sehinggakan sampai satu tahap DYMM Sultan Johor terpaksa campur tangan dan menegur pemimpin yang tidak berpuas hati dengan pembangunan dan kemajuan di Johor. Adakah kita sebagai rakyat Johor sudah lupa dengan semua perkara itu?

Sekiranya Johor bakal ditawan oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan jangan kita pertikaikan andaikata Johor juga akan menjadi sepertimana Pulau Pinang yang seterusnya, dan orang Johor juga yang akan menerima akibat dan implikasi jika Johor menjadi Pulau Pinang yang kedua.

Kita boleh melihat semua pembangunan dan kemajuan di Pulau Pinang sentiasa mengetepikan kaum Bumiputera sehingga mewujudkan jurang untuk orang Melayu terus tinggal di Bandar Pulau Pinang. Walaupun pembangunan dan kemajuan rancak sedang berlaku di Johor, tetapi kerajaan negeri akan sentiasa berpegang pada dasar orang Melayu perlu sentiasa tinggal di Bandar desa Johor, itu yang jelas nyata sekali di Johor.

Adakah kita mahu Johor menjadi sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri Pulau Pinang mahukan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merampas perniagaan mereka yang berniaga di tepi-tepi jalan atau kawasan perumahan. Ataupun kita mahu melihat DAP mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merobohkan gerai-gerai peniaga di Johor. Sebaliknya apa yang berlaku di Johor Menteri Besar Johor pula mahukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak dan menyita perniagaan yang diusahakan secara haram oleh warga asing. Oleh sebab itu kita masih dapat melihat rakyat Johor berniaga tanpa sekatan oleh pentadbiran negeri.

Kesimpulannya kita sebagai rakyat Johor jangan sekali-kali membiarkan DAP mengambil alih dan menawan Johor. Kalau Johor jatuh ke tangan DAP habislah Johor akan menjadi sepertimana Pulau Pinang. Lihatlah bagaimana kaum bumiputera ditindas, hak-hak kaum bumiputera diabaikan dan dipinggirkan. Pastikan Johor tempat terkubur DAP buat selama-lamanya.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments