DAP KUAT MENIPU, PEMILIHAN CEC PERLU DIPANTAU TELUS DAN BERSIH



DAP perlu membuktikan ketelusan dan amalan demokrasi dalam parti tersebut dengan mendedahkan senarai 2,756 pengundi yang mengambil bahagian dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

DAP perlu tampil mendedahkan senarai 2,576 perwakilan daripada parti tersebut bagi membuktikan mereka benar-benar telus dan tidak menipu dalam melaksanakan pemilihan CEC. Ini semua bagi membuktikan tiada sebarang konspirasi mahupun penipuan dalam proses pengundian bagi memilih senarai jawatankuasa dan menunjukkan amalan demokrasi masih lagi hidup dalam parti berkenaan.

Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. Kita semua sedia maklum bahawa ketelusan dan kecekapan menjadi slogan utama parti DAP dalam menentang Barisan Nasional. Kononnya Barisan Nasional adalah parti yang tidak cekap dan tidak telus dan hanyalah DAP yang paling cekap dan telus.

Mengapa DAP perlu takut mendedahkan senarai nama berkenaan jika mereka benar-benar mengendalikan pemilihan berkenaan mengikut lunas undang-undang tanpa wujudnya sebarang elemen penyelewengan? Hakikatnya pemilihan DAP sendiri terbukti sama sekali tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus.

Dan sekiranya DAP tidak membersihkan imej dan nama parti berkenaan, DAP akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti berkenaan tidak bijak menangani dan menyelesaikan isu ini. 
Pemilihan CEC seharusnya dilakukan semula bagi membersihkan DAP adalah bertepatan. Ini kerana parti kepimpinannya terlantik dengan cara yang kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih.

Seterusnya jika negara yang diperintah oleh parti yang kotor maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga digesa untuk mendedahkan nama berkenaan kepada awam dengan kadar segera bagi menjelaskan adakah pemilihan CEC tersebut dilakukan secara adil dan telus. Perkara ini seharusnya mereka selesaikan dengan segera dengan sertakan senaraikan nama perwakilan dan cawangan mana yang terlibat dalam melakukan pengundian CEC berkenaan.

Kesimpulannya DAP jangan kekal menipu dan segera menyelesaikan perkara berkenaan. Jika tidak integrity DAP akan selama-lamanya dipersoal serta barisan kepimpinan CEC tidak akan dihormati oleh lawan mahupun ahli-ahli sendiri.

Comments