Kepimpinan DAP didesak mengeluarkan senarai penuh perwakilan ke mesyuarat agung 2012 untuk diguna pakai pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan datang. Tindakan ini adalah untuk melancarkan pemilihan CEC baharu seperti mana yang telah diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) baru-baru ini.
Sejak pemilihan yang lepas, banyak cawangan DAP yang datang tampil mengkritik dan mengecam kepimpinan parti selain menyoal dan mempertikaikan kesahihan pemilihan berkenaan melalui media-media sosial dan pemimpin tertinggi DAP itu sendiri. Nampak bukan rata-ratanya ahli dan pemimpin DAP yang mempertikaikan kesahihan pemilihan CEC.
Untuk makluman semua pihak, sejak tahun 2013 lagi ROS tidak mengesahkan pemilihan CEC 2012 yang sehingga sekarang masih lagi DAP tidak patuhi. Persoalannya adalah kenapa DAP tidak menggunapakai senarai 865 cawangan dan perwakilan CEC 2012? Adakah kerana senarai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan yang diumumkan terdahulu tidak sah? Kalau benar tidak sah, DAP seharusnya menghantar notis pemilihan semula kepada semua perwakilan di dalam senarai itu mengikut perlembagaan DAP sendiri.
Pemilihan semula CEC ini perlu diadakan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kepimpinan DAP ketika ini tidak sah dan tidak layak menandatangani watikah calon parti. Ahli akar umbi DAP juga menggesa kepemimpinan parti menyenaraikan peratusan perwakilan CEC 2012, yang dikatakan sudah meninggal dunia dan meninggalkan parti sama ada dipecat atau keluar sendiri.
Bukan setakat itu, malah pemimpun tertinggi telah cuba memujuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya segera mengadakan pemilihan semula memandangkan desakan daripada pelbagai pihak termasuklah ROS kerana imej parti yang semakin buruk namun tidak diendahkan dan dipedulikan oleh DAP.
Kita semua tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Lim Guan Eng dan DAP, mungkin bagi mereka ini hanyalah perkara kecil dan bukannya masalah yang besar walaupun sudah terlalu ramai yang sudah tampil kehadapan mendesak.
Ataupun Guan Eng mahu terus menerus main tarik tali berhubung pemilihan semula CEC kerana beliau dikatakan mempunyai agenda dan kepentingan politik yang tersendiri.
Kita semua tertanya-tanya mengapa sehingga ke hari ini Guan Eng enggan mengadakan pemilihan semula? Jika benar Guan Eng dan parti DAP adalah parti yang benar-benar telus dan bersih, mengapa masih lagi tidak membuat sebarang pemilihan CEC dan masih hendak memanjangkan isu ini lagi? Apa sebenarnya motif dan agenda Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang?
Kit Siang penuh dengan drama manakala anaknya pula Guan Eng pula memanipulasi isu kandungan ROS selain membuang masa pada pertemuan beliau dengan Pengarah ROS dengan bercakap pasal perkara yang tiada kaitan dengan CEC, apa niat Guan Eng dan Kit Siang ini sebenarnya?
Kesimpulannya DAP parti yang tidak boleh dipercayai, penuh dengan penipuan dan muslihat dan tidak telus. Baru pemilihan CEC DAP sudah tidak telus dan bersih, apatah lagi kalau DAP memerintah dan mentadbir negara, sudah pasti negara kita lingkup di tangan DAP.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.
Comments
Post a Comment