BERITA BARU YANG SEMUA SUDAH TAHU! MUKHRIZ AKUI MAHATHIR INGIN JATUHKAN NAJIB



Mukhriz Mahathir pada 13 Julai 2017 mengakui bahawa bapanya dan bekas Timbalan Perdana Menter, Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Ketika membuat keterangan di Mahkamah Tinggi, Mukhriz berkata,

"Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014," katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.”

Beliau seterusnya menafikan bahawa Mahathir dan Muhyiddin berkomplot untuk menjatuhkan Najib tetapi mengakui mereka bertua mempunyai tujuan yang sama.

Cerita yang diketahui oleh semua orang. Perbezaannya berbanding pendedahan-pendedahan sebelum ini, perkara ini dinyatakan oleh orang daripada kem Mahathir sendiri, atau lebih tepat sekali anak Mahathir sendiri. Selain itu, Mukhriz enggan menyatakan bahawa Mahathir dan Muhyiddin berkomplot, tetapi adakah mereka tidak berkomplot?

Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), komplot bermaksud rancangan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng.

Berdasarkan takrifan, Mahathir dan Muhyiddin memang melakukan komplot, iaitu rancangan jahat untuk menjatuhkan Najib, Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik menggunakan kaedah yang tidak sah.

Menurut Mukhriz, rancangan ini bermula pada tahun 2014, iaitu hanya beberapa bulan selepas Mukhriz kalah pemilihan parti pada 19 Oktober 2013. Adakah perkara ini kebetulan? Tentu tidak. Mahathir bersama pengikutnya Muhyiddin ingin bertindak melancarkan peperangan terhadap Najib. Sudah tentu perperangan ini, seperti peperangan lain memerlukan masa untuk mengumpul sumber-sumber untuk berbuat demikian.

Serangan bermula pada September 2014 di mana usaha 1MDB untuk mengeluarkan Saham Terbitan Awam terhalang akibat siasatan Bank Negara Malaysia yang mengambil masa lama daripada sepatutnya. Sebelum ada yang bertanya, perlu dinyatakan bahawa 1MDB adalah milik kerajaan dan bagi Bank Negara, satu agensi kerajaan, tidak membantu di dalam menyelesaikan penstrukturan kredit 1MDB.

Keadaan ini sama seperti jika polis menahan ambulans yang melanggar lampu isyarat merah untuk membawa pesakit kecemasan ke hospital.

Apabila Saham Terbitan Awam ini digagalkan, keyakinan pelabur terhadap 1MDB terjejas dan perkara ini menyebabkan syarikat ini menghadapi masalah kewangan. Mahathir mengambil kesempatan ini untuk menuduh bahawa masalah kewangan ini berpunca daripada Najib mengambil wang dari 1MDB untuk kepentingan beliau sendiri. Sebenarnya 1MDB membuat perluasan yang pantas bagi mengambil kesempatan terhadap pasaran tenaga semasa dan perluasan ini boleh dibiayai dengan Saham Terbitan Awam yang sepatutnya dilancarkan pada September 2014.

Dan seterusnya… hampir tiga tahun berlalu, Mahathir, dan kini rakan karib barunya Lim Kit Siang mengulangi penipuan yang sama.

Semuanya bagi membalas dendam kepada Najib yang tidak menggunakan kuasa serta pengaruh bagi mengangkat Mukhriz menjadi Naib Presiden UMNO pada pemilihan Oktober 2013 dan seterusnya memadamkan peluang Mukhriz menjadi PM.

Perkara ini bukanlah kali pertama Mahathir melancarkan perang untuk mengalahkan musuh-musuhnya. Tanyalah Pak Lah, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa Hitam dan juga Lim Kit Siang serta Anwar Ibrahim mengenai betapa ganas dan rakus Mahathir jika ingin menjatuhkan orang yang tidak disukainya.

Mahathir adalah seorang bijak. Tetapi adalah salah untuk kita memikirkan bahawa seorang yang bijak akan memikirkan untuk melakukan kebaikan semata-mata.

Adakah kita ingin mengangkat semula orang macam ini bersama gerombolan Pakatan Harapan di dalam PRU 14? Sudah tentu tidak

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Comments