ANWAR, PENGIKUT DAN AHLI KELUARGA TIDAK LUPA KEZALIMAN DAN KEJAHATAN MAHATHIR



Sekarang pada usia Mahathir sudah menjangkau usia 95 tahun, Mahathir seharusnya menginsafi kejahatan beliau sepanjang 22 tahun menjadi Maha Pemerintah yang paling zalim.

Tetapi sekarang ini lihatlah Mahathir semakin galak dengan politik beliau sendiri. 
Kalau mahu difikirkan semula penyokong Anwar Ibrahim tidak pernah lupa apa yang dilakukan oleh 
Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Mereka tidak pernah lupa segala keaiban Anwar yang dijaja saban hari sejak dari tahun 1998 dengan kes beberapa hari keluar dan masuk penjara dan masih lagi meringkuk dalam penjara dengan pertuduhan gila seks dan meliwat Saiful Bukhari.

Ahli PKR tidak pernah terpedaya dengan pukau Mahathir dan mereka sedang mengatur gerakan PKR marhaen, mereka yang akan menentukan Mahathir tidak mampu menjadikan semua orang terlupa dengan apa yang telah Mahathir telah lakukan terhadap Anwar seolah-olah seperti sedang berada dalam mimpi yang nyata.

Mereka tidak pernah lupa akan semua ini dengan segala kesakitan dan merana meringkuk di dalam penjara. Anwar mengorbankan dirinya dengan memilih penjara daripada bebas di luar sana. Walaupun Anwar dikhianati, dihina, difitnah namun Anwar tidak pernah membalas maki hamun dan menyerang Mahathir.

Bagi keluarga Anwar Ibrahim pula, mereka yang menanggung kesakitan dan penderitaan kalau melihat ada orang yang mencederakan ayah kita sendiri dan dengan tiba-tiba datang memohon maaf, ini bukan suatu perkara yang mudah untuk memaafkan orang lain.

Kita sendiri cuba bayangkan kalau 20 tahun dihina adakan Anwar dan keluarganya boleh memaafkan Mahathir, adakah Mahathir sendiri tidak pernah berasa bersalah terhadap apa yang telah beliau lakukan selama ini? Hakikatnya inilah yang berlaku kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya nasihat buat Mahathir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Mahathir seharusnya bertaubat dan sedar diri kerana Mati itu pasti buatmu Mahathir. Mahathir bawa-bawalah insaf, banyakkan amal ibadat bagi menghadapi kematian yang semakin hampir.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila "like" atau "follow" halaman Malayan News.

Comments