7 DALIL MENGAPA WAN AZIZAH PALING SESUAI MEMIMPIN PAKATAN HARAPAN



UMNO dan Barisan Nasional mungkin keberatan untuk mengaku, namun perlu diakui bahawa Wan Azizah menjadi Pemimpin Pakatan Harapan adalah sesuatu yang positif. Sebab itu, tidak hairanlah fokus lebih diberikan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lain untuk meneutralkan pengaruh mereka. Berikut adalah dalil-dalil mengapa Wan Azizah adalah pemimpin terbaik Pakatan Harapan (bagi Barisan Nasional).

1. Wan Azizah adalah pemimpin yang lemah. Tanpa daya kepimpinan yang tinggi, kedudukan beliau adalah sebagai pemimpin boneka di mana beliau tiada pengaruh kepada parti-parti di dalam Pakatan Harapan, termasuklah parti beliau sendiri.

2. Wan Azizah seorang yang tidak berani mengambil risiko. Sebagai bukti beliau tidak berani membuat komen mengenai perbezaan pendapat antara Azmin dan pemimpin-pemimpin DAP baru-baru ini. Tugas pemimpin adalah untuk membuat keputusan-keputusan yang sukar. Wan Azizah tidak boleh berbuat demikian.

3. Wan Azizah seorang yang tiada pendirian. Kerana beliau gagal menetapkan pendirian, PAS dan DAP berpecah dan Pakatan Rakyat berakhir. Salah beliau? Tidak. Cuma apabila PAS dan DAP mengalami perselisihan ketika itu, beliau boleh mengambil langkah proaktif untuk membincangkan perkara tersebut. Wan Azizah tidak berbuat apa-apa.

4. Wan Azizah dibayangi oleh Anwar Ibrahim. Perkara ini diakui oleh beliau sendiri. Kemungkinan salah satu sebab beliau tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor adalah kerana Sultan Selangor tidak mahu seseorang yang bukan pemimpin menjadi Menteri Besar.

5. Wan Azizah tidak tahu posisi berkenaan Mahathir. Dulu Wan Azizah mendakwa bahawa dosa Mahathir adalah tidak terampun. Kini beliau mengatakan bahawa yang penting adalah menang.

6. Pakatan Harapan mempunyai terlalu banyak ‘warlords’, iaitu ketua-ketua berpengaruh seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mahathir, Azmin dan Muhyiddin Yassin. Meletakkan mana-mana pemimpin tersebut di posisi ketua mungkin akan memperkuatkan Pakatan Harapan.

7. Tiada visi. Wan Azizah telah bergiat di dalam politik selama 17 tahun, sebagai presiden parti jua. Tapi sehingga ini tiada apa-apa visi yang boleh dilihat.

Tidak perlu 50, hanya 7 dalil mencukupi menunjukkan bahawa Wan Azizah adalah pemimpin Pakatan terbaik. Oleh itu, bagi kebaikan rakyat Malaysia, Wan Azizah perlu dipertahankan sebagai pemimpin Pakatan Harapan agar dapat memimpin gerombolan tersebut ke arah yang lebih dalam.

Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Untuk mendapat artikel-artikel terkini, sila ‘like’ atau‘follow’ halaman FB Malayan News.

Comments