TN50 UNTUK GENERASI MUDA IDEANYA JUGA DARI ANAK MUDA


TN50 adalah satu aspirasi baru kepada generasi muda yang akan menjadi pemacu utama dalam membentuk sebuah negara yang bersaing dan maju pada 2050 nanti.

Kerajaan memberi ruang cukup luas untuk anak muda melontarkan idea mereka bagi memastikan impian dan harapan mereka tercapai dalam membina sebuah negara yang harmoni dan berbilang kaum.

Konsep mengumpul data dari bawah (bottom - up) adalah suatu formula yang baharu dan belum pernah digunapakai oleh kerajaan sebelum ini. Kerana pada zaman pemerintahan Tun Mahathir Wawasan 2020 dicipta adalah buah idea dari pemimpin dan yang akan melaksanakannya adalah rakyat (up - bottom).

Idea-idea yang telah dikumpul di dalam pertemuan, perjumpaan, forum, perdebatan dan beberapa program yang seumpamanya di seluruh Malaysia kemudiannya telah dikategorikan mengikut keperluan. Antaranya adalah dari keperluan ekonomi, budaya, kesihatan dan lain-lain keperluan semasa.

Malah ada juga idea-idea tersebut telah dilaksanakan pada hari ini kerana kerajaan berpandangan ianya amat bernilai dan bermanfaat kepada rakyat jika ianya dilaksanakan lebih awal dalam memacu sebuah negara yang menuju ke TN50.

Ayuh bersama-sama merealisasikan TN50 !!!

Comments