Persoalan utama yang diajukan gadis
berkenaan di dalam video bertajuk `Penang, would you hear my story’ telah menjadi tular di media sosial. Rintihan gadis itu yang meluahkan perasaan terhadap perubahan yang telah dibawa Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas 10 tahun
memerintah negeri itu menceritakan segala keburukan yang telah berlaku sepanjang pemerintahan DAP di negeri tersebut.
Ini juga sebenarnya tanda tanya besar dalam
kalangan majoriti penduduk Pulau Pinang yang mungkin terkesan menerusi
video yang telah dihasilkan gadis berkenaan. Apa yang diperhatikan mereka adalah
Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mewarisi dan meneruskan pembangunan yang dibawa
kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. Kerajaan DAP sebenarnya tiada inisiatif untuk membawa perubahan seperti mana yang diperjuangkan mereka sebelum ini dalam 2 pilihan raya umum yang lalu.
Tidak ada pembangunan baharu yang
diharapkan mampu merancakkan ekonomi negeri itu untuk dinikmati penduduknya
sekali gus meningkatkan taraf hidup atau sekurang-kurangnya menampung beban kos
sara hidup mereka. Lebih malang, dasar-dasar yang diperkenal Kerajaan DAP Pulau
Pinang pula menambah beban kepada mereka terutama dalam soal pemilikan rumah
dan caj utiliti.
Begitu juga dengan sikap mesra pemaju yang
menyaksikan pelbagai projek komersial terutama rumah mewah rancak dibina di
sebalik keluhan penduduk yang terus bergelut untuk memiliki rumah mampu milik
dan kos rendah. Perkembangan ekonomi di negeri ini juga semakin membimbangkan
apabila banyak kilang ditutup menyebabkan penduduknya berdepan kesukaran
mendapatkan pekerjaan.
Status sebagai sebuah negeri yang selama
ini berbangga kerana keunikan alam sekitarnya juga semakin terancam disebabkan
kerakusan menceroboh hutan dan menambak laut. Selain itu, kerana kerakusan
Kerajaan negeri DAP mengejar kemajuan dan pembangunan bandar, Pulau Pinang juga
kini terdedah kepada bencana banjir dan tanah runtuh. Ini adalah antara perkara yang semakin jelas
pada pandangan penduduk Pulau Pinang sepanjang 10 tahun di bawah kerajaan DAP.
Jelas di sini Kerajaan DAP tidak dapat menutup realiti sebenar kehidupan
di Pulau Pinang yang ketika ini bergelut dengan banyak kepayahan dan masalah. Sepanjang
10 tahun lalu, rakyat Pulau Pinang sebenarnya sudah tertipu dengan janji-janji
perubahan yang kononnya mahu dibawakan pembangkang atau lebih tepat DAP.
Comments
Post a Comment