MENGAPA CUKAI TANAH DI NEGERI PAKATAN HARAPAN NAIK MENDADAK?


Pakatan Harapan sudah merangka strategi untuk mendapatkan dana pilihanraya mereka melalui beberapa kaedah. Kenaikan kadar cukai rumah dan hartanah di Selangor dan Pulau Pinang, dua negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan adalah petanda parti ini mahu mendapatkan dana kewangan untuk menampung parti mereka. 

Oleh itu, kenaikan cukai rumah dan hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008 dilihat satu cara jijik mereka untuk menampung perbelanjaan politik ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut. 

Akibatnya rakyat ditekan untuk bayar cukai hartanah serta harga rumah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang akibat kautan cukai negeri yang tinggi ini. Apabila kerajaan Pakatan Harapan menaikkan cukai rumah dan hartanah dengan mendadak, mereka juga telah naikkan gaji dan elaun mereka sendiri sehingga gaji MB Selangor kini lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri. 

Pendek kata, ketika pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menjaja cerita kononnya kos sara hidup semakin meningkat. Mereka sebenarnya agen yang bertindak menekan rakyat secara senyap dan tanpa pengetahuan rakyat. Pemimpin Pakatan Harapan lebih utamakan keuntungan daripada kebajikan rakyat. Perjuangan mereka untuk memartabatkan kebajikan rakyat hanyalah retorik semata-mata!

Comments