Sungguh sedih dan kesian cerita mengenai Mahathir ini yang dilihat semakin hari semakin ramai yang mula menolak dirinya untuk berpolitik. Mahathir kelihatan begitu hina dimata masyarakat kerana sering melakukan politik murahan. Dahulu beliau disanjung tinggi kini beliau tidak lagi layak untuk penghormatan tersebut.
Mahathir ingin membuktikan bahawa pengaruhnya masih lagi hebat walaupun sudah berusia 92 tahun dengan menyerang kubu kuat Dato’ Sri Najib Razak iaitu di Parlimen Pekan. Sebaliknya ia amat mengecewakan beliau kerana beliau tidak lagi disambut sebagai wira Negara seperti suatu ketika dahulu. Hanya segelintir sahaja masyarakat Pekan yang datang menyambut kehadiran dirinya ke sana.
Pasti suasana suram tersebut sudah cukup untuk membuat seorang ahli politik yang tua ini berasa hampa dan kecewa. Keadaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan isyarat bahawa Rakyat Pekan tidak mahu orang luar untuk menggantikan kepimpinan Dato’ Sri Najib razak. Rakyat Pekan mahu Najib terus memerintah di sana kerana telah banyak pembaharuan yang telah dilakukannya di sana.
Suasana ini dilihat begitu berbeza dengan lawatan Najib ke kubu kuat Mahathir iaitu di Langkawi. Kita boleh lihat bagaimana ribuan penduduk di Langkawi menyambut baik kedatangan Najib ke sana. Sambutan yang dilakukan cukup meriah dan pastinya membuktikan kepimpinan Barisan Nasional masih lagi ditagih oleh warga Langkawi.
Kehadiran Najib juga tidaklah hanya dengan tangan kosong, sebaliknya Najib telah membuat pengumuman berita gembira kepada penduduk di Langkawi. Najib telah mengumumkan untuk membuat penambahbaikan infrastruktur di Langkawi antaranya ialah penambahbaikan Hospital Langkawi. Selain itu, Najib juga mengumumkan untuk membuat pembinaan kemudahan tadahan air di Padang Mat Sirat.
Jika dilihat pada kedua-dua situasi ini, Rakyat sudah semakin muak untuk mendengar segala fitnah yang dibuat oleh Mahathir hanya untuk melemahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib razak. Rakyat semakin mengenali secara peribadi siapakah Mahathir yang sebenarnya dengan segala kejahatan yang pernah dilakukan oleh beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM.
Namun persoalannya disini adakah Mahathir akan tetap bertanding di Pekan untuk berlawan dengan Najib? Atau Mahathir sudah mula goyah kerana tidak mendapat sambutan baik di Pekan? Mungkin Mahathir akan terus mencari tempat yang paling selamat untuk beliau bertanding pada PRU-14 nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Rakyat tidak perlukan janji-janji yang kosong dari pembangkang, sebaliknya rakyat hanya mahu sebuah kerajaan yang mampu menjaga kebajikan rakyatnya dengan baik. Kita lihat sahaja sekarang, hampir setiap janji yang di buat oleh Kerajaan Barisan Nasional telah dilaksanakan dengan jayanya. Sememangnya rakyat lebih percaya dan akan terus sokong kerajaan Barisan Nasional untuk kini dan selamanya.
Comments
Post a Comment