Presiden PPBM Muhyiddin Yassin menuding jari dan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang melambatkan kelulusan berkenaan serta mendakwa aduan ke atas parti itu kononnya RoS berniat memusnahkan hayat PPBM. Muhyiddin Yassin tidak ada hak menuding jari dan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan RoS kerana sekiranya PPBM memenuhi perlembagaan sudah pasti RoS akan meluluskan Mesyuarat Agung Tahunan PPBM. Skandal Muhyiddin sendiri tidak selesai tetapi ada hati mahu tuding jari dan menyalahkan pihak lain pula.\
Skandal hubungannya dengan wanita Nika Gee Siew Yee akan memanaskan lagi PPBM, apatah lagi dengan dokumen penting mengenainya telah di kemukakan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). JAIJ masih melakukan siasatan terhadap Muhyiddin yang kini Presiden PPBM.
Bahan bukti itu merangkumi Akuan Bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustion yang merupakan bekas suami kepada Nika, yang mendakwa Muhyiddin mempunyai hubungan dengan Nika.
Jika pihak berkuasa itu menjalankan siasatan, maka sudah pasti ia akan memanaskan PPBM yang selama ini dikaitkan dengan kontroversi.Sudah pasti, siasatan JAIJ juga akan memeningkan Mahathir yang sedang mengatur strategi untuk memastikan partinya mendapat tempat pada pilihan raya umum (pru) ke-14 nanti. Sudah pasti beliau mahu PPBM dilihat bersih daripada sebarang kontroversi demi menambat hari pengundi. Tetapi apabila siasatan JAIJ itu dilakukan, ia pasti akan mendedahkan semuanya. Imej PPBM juga sudah pasti akan terjejas teruk apatah lagi Muhyiddin sehingga kini masih berdiam diri mengenai isu skandal tersebut.
Kesimpulannya ternyata kontroversi demi kontroversi yang melanda PPBM telah menyedarkan rakyat, bagaimana parti tersebut yang beberapa bulan ditubuhkan sebenarnya mempunyai banyak masalah.
Comments
Post a Comment