RATU BADAK CUBA MENYONDOL PM MINTA PERHATIAN



Untuk makluman semua pihak Ratu Naga Badak sering kali cenderung melondehkan, memfitnah dan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dendam dan perasaan benci Ratu Naga Badak terhadap kepimpinan  Najib.

Ratu Naga Badak, atau nama tidak manjanya Syarul Ema Rena Abu Samah, 38 mula menyimpan dendam akibat diambil tindakan kerana melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 apabila meembuat dan membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan niat untuk mengganggu orang lain pada 6 Oktober 2015. 

Seperti kata pepatah, umpama baling batu sembunyi tangan. Ratu Naga Badak yang sememangnya penyokong Mahathir telah cuba berselindung di sebalik kebebasan bersuara menerusi internet. Apa yang ironisnya adalah Ratu Naga Badak tidak menyedari bahawa tindakan yang diambil ke atas beliau adalah berdasarkan undang-undang yang diperkenalkan di zaman Memanda Mahathir iaitu 1998. 

Seperti umum mengetahui, Mahathir memperkenalkan undang-undang itu untuk menutup mulut penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Ratu Naga Badak telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu menjadi buah mulut orang ramai. Malangnya beliau tidak sedar bahawa menjadi buah mulut orang ramai bukanlah sama dengan menjadi popular kerana beliau hanya berjaya menjaja nama beliau sebagai personaliti media sosial yang berkelakuan macam sial. 

Mungkin sebenarnya beliau sedar mengenai hakikat tersebut tetapi kerana kependekkan akal, beliau hanya mampu menggunakan kaedah tersebut menjadi popular. Ataupun beliau terpaksa berbuat demikian kerana atas arahan Mahathir yang merupakan ‘big boss’ yang membayar gaji beliau. 

Oleh itu, Ratu Naga Badak tidak perlu terhegeh-hegeh menyimpan dendam terhadap Najib kerana apa yang dibuat oleh beliau mendapat pembalasan yang setimpalnya. Berani buat, berani tanggung.

Comments