RAFIZI RAMLI KE TIRAI BESI & DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 30 BULAN OLEH MAHKAMAH


Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, inilah perumpamaan yang paling sesuai digunakan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukannya sendiri.

Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA). Rafizi bertanggungjawab mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd., enam tahun lalu.

Sebelum ini, Hakim Zamri A. Bakar turut menjatuhkan hukuman sama ke atas bekas kerani sebuah bank, Johari Mohamad, 47, selepas turut didapati bersalah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes.

Dengan keputusan mahkamah ini, sudah pasti kartel-kartel Azmin Ali seperti Latheefa Koya, N. Surendren dan ramai lagi yang tidak senada dengan Rafizi gembira dengan keputusan ini. Selain itu, masa depan politik Rafizi Ramli juga terus gelap dan tidak punya masa depan lagi kerana perlu menghabiskan sisa-sisa hidup di dalam penjara. Mungkin sudah sampai masanya Rafizi bina tirai besi kerana kesilapannya sendiri bukannya bina semula negara!






Comments