Krisis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat semakin tenat dan sehingga ke hari ini kemelut dalaman yang dihadapi parti itu seperti tiada penghujungnya. Kepemimpinan PPBM dilihat lemah untuk menyelesaikan pergaduhan di dalam parti, terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus parti ini tidak layak menjadi kerajaan.
Rakyat sebagai pengundi sudah tentu berasa ragu-ragu untuk memilih pakatan pembangkang sebagai kerajaan kerana mereka tidak mempunyai sikap tolak ansur dan pemuafakatan dalam menguruskan parti. Parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) juga masing-masing tamak untuk mendapatkan lebih banyak kerusi dengan beranggapan mereka kuat dan boleh menang.
Belum jadi kerajaan lagi mereka sudah bergaduh tentang kerusi secara terbuka dan tidak boleh diselesaikan dengan cara profesional. Bagaimana mereka mampu menjadi kerajaan yang baik dan berkesan dengan adanya sikap begini? Rosak negara dan kacau bilau negara jika mereka memerintah.
Selain itu, sebelum ini dikhabarkan sayap kepemimpinan PPBM Kota Bharu sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu dan pakatan pembangkang, terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang PRU14. Perkara yang sama juga berlaku di Negeri Sembilan apabila ahli-ahli PPBM Negeri Sembilan tidak berpuas hati dengan agihan kerusi di negeri tersebut.
Malah ada pemimpin-pemimpin negeri PPBM yang berpendapat parti itu sudah tiada masa depan dan tidak akan menang pada PRU14 dengan pelbagai masalah dihadapinya. Ketidakstabilan PPBM membuktikan bahawa parti ini sebenarnya tiada hala tuju dan bermasalah. Lebih baik pucuk kepimpinan tertinggi PPBM menyelesaikan masalah parti mereka dahulu yang kini dilanda gelora.
Masalah parti pun tidak terurus tetapi ada hati mahu jadi pemerintah. Dalam hal ini, adalah dinasihat agar PPBM melupakan saja hasrat mereka untuk bertanding PRU14, itu saja jalan terbaik buat PPBM sebelum mereka mendapat malu besar kekalahan besar pilihan raya nanti.
Comments
Post a Comment