PPBM KELANTAN : MAHATHIR SUDAH TERLALU TUA UNTUK BERPOLITIK DAN PATUT BERSARA



Baru-baru ini PPBM Kelantan mendedahkan bahawa isu agihan kerusi telah membelenggui kerjasama parti-parti di dalam Pakatan Harapan di dalam usaha menawan Negeri Kelantan. Di dalam pendedahan tersebut, sayap kepimpinan PPBM yang diketuai Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd Nor Hashim Che Min turut mendedahkan bahawa sikap tidak serius kepimpinan tertinggi PPBM telah menyebabkan PPBM Kelantan hilang keyakinan memenangi PRU KE-14. 

Selain daripada melahirkan kekecewaan terhadap kepimpinan PPBM, Nor Hashim turut menyatakan bahawa Pengerusi PPBM, Mahathir adalah terlalu tua dan sepatutnya memberikan laluan kepada pemimpin generasi baru. 

"Namun realitinya, masa depan PPBM sudah tiada dan Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya memberi laluan kepada pemimpin lebih muda memandangkan beliau sudah berusia 93 tahun dan mempunyai masalah penyakit.”

Di dalam menerangkan keperluan Mahathir berundur dari PPBM dan Pengerusi Pakatan Harapan, Nor Hashim turut mencadangkan bahawa Wan Azizah patut untuk berundur.

“Mungkin beliau boleh berikan jawatan itu kepada orang lain. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak boleh memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri,"

Selain itu, beliau turut memberi amaran bahawa pengaruh DAP di dalam Pakatan Harapan menjadi semakin kuat berikutan pergeseran antara PPBM, PAN dan PKR, tiga parti yang dikuasai oleh orang Melayu. 

"Malah, orang Melayu dalam Pakatan Harapan semakin lemah dan DAP pula menjadi semakin kuat. Jelas sekarang DAP yang menguasai Pakatan Harapan," 

Tindakan Nor Hashim berani menegur kepimpinan tertinggi PPBM sudah tentu meletakkan beliau dan pemimpin-pemimpin yang bersetuju dengan teguran beliau sebagai ‘sampah’, seperti mana yang berlaku 

Bakal menjadi sampah atau tidak, pemerhatian Nor Hashim mengenai parti beliau sendiri jelas menunjukkan bahawa Mahathir adalah terlalu tua untuk memimpin PPBM dan sudah tentunya tidak patut menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. 

Oleh itu, jelas bahawa kita rakyat Malaysia perlu menolak Mahathir dan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh beliau dalam PRU Ke-14.

Comments