PEMIMPIN TERTINGGI PPBM KAYA RAYA! LOGIKKAH RAKYAT MEMBELANJAKAN WANG ATAU MENDERMA UNTUK PARTI SEBEGINI?
Orang ramai tahu bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan oleh pemimpin atasan yang berlatar belakangkan kehidupan yang mewah dan kaya raya. Tidak salah untuk melabel pemimpin atasan mereka sebagai billionaire dan kaya-raya, malah ada yang mengatakan kekayaan pemimpin ini sampai tujuh keturunan pun tidak akan habis makan.
Contohnya sudah ada, lihat saja gaya hidup dan kemewahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengasas PPBM. Anaknya juga antara jutawan terkaya di Malaysia. Mukhriz juga tidak terkecuali hidup dalam keadaan yang mewah dan luar biasa. Tapi sayangnya pemimpin PPBM hanya pentingkan poket sendiri dan kedekut sehingga terpaksa menagih simpati dari ahli dan parti untuk mendapatkan derma bagi persediaan pilihanraya umum akan datang.
Di peringkat bawahan parti juga, kepemimpinan parti di peringkat bawahannya pula merasa pelik kerana terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk parti yang diasaskan golongan kaya raya. Malah sepanjang penubuhan parti ini, tidak ada peruntukan daripada PPBM pusat disalurkan ke bahagian sebaliknya pimpinan bawahan yang perlu mencari dana sendiri. Kegagalan pemimpin tertinggi menyalurkan peruntukan telah membantutkan banyak gerak kerja sekali gus menyukarkan usaha untuk memenangi sebarang kerusi PRU-14 nanti.
Lebih sedih lagi kepimpinan PPBM di peringkat bawahan terpaksa mengemis dan mengeluarkan belanja, keringat serta tenaga sendiri selama tiga tahun untuk parti sedangkan pemimpin atasan jikalau betul-betul hendak memperjuangkan hak rakyat, merekalah yang perlu mengeluarkan dana biar sampai papa pun mereka perlu berjuang demi parti dan rakyat. Malangnya perkara sebaliknya berlaku, golongan pemimpin yang kaya raya dalam PPBM pula meminta-minta dana daripada golongan bawahan dan rakyat marhaen yang hidup sederhana.
Pendek kata, tindakan parti meminta dana dari rakyat adalah tidak relevan sama sekali kerana pemimpinnya kaya raya dan mampu mencari dana untuk membantu parti. Kini, beban itu sekarang diletakkan kepada rakyat yang perlu mengeluarkan dana untuk parti dan tindakan ini jelas satu penyelewangan kerana mereka sendiri tahu rakyat terdesak dengan kos hidup tinggi. Buka mata dan minda anda semua, adakah ini cara parti berjuang untuk rakyat? Belum memerintah sudah pandai meminta-minta dari rakyat! Buat rakyat, tepuk dada, tanya selera. Keputusan dan undi anda ditangan anda.
Comments
Post a Comment