PAN HENTAM PKR SELANGOR KERANA MEREKA MAHU LEBIH KERUSI DI SELANGOR! KINI SIAPA AJAR SIAPA BERPOLITIK?


Isu pembahagian kerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP di Selangor ketika ini dilihat semakin panas apabila pemimpin-pemimpin PAN seperti Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad dan Ahli Jawatankuasa PAN Pusat, Hasnul Baharuddin mempertikai tindakan PKR yang melambat-lambatkan isu agihan kerusi di Selangor.

Mereka mengingatkan PKR supaya tidak memandai-mandai membuat perancangan sendiri untuk bertanding lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PKR sehingga kini masih gagal mengemukakan jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi dalam PRU-14 meskipun beberapa siri mesyuarat serta rundingan membabitkan kepemimpinan Pakatan Harapan Selangor telah diadakan sebelum ini. Kegagalan PKR berbuat demikian telah menyebabkan proses memuktamadkan pembahagian kerusi DUN Selangor tergendala sehingga ke hari ini.

Jika PKR berhasrat atau merancang mahu bertanding 30 daripada 56 kerusi DUN di Selangor tetapi bagi sekutu PKR iaitu PAN berfikir tindakan itu tidak rasional dan tidak logik. PKR tidak boleh kuasai semua kerusi DUN kerana sebarang penetapan kerusi, ia harus dibincang serta dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Harapan.

Selain itu, semua kerusi yang nak ditandingi PKR itu perlu juga mengambil kira keadaan semasa. Maknanya, jika sesebuah kerusi itu terdiri daripada majoriti pengundi Melayu, adalah lebih baik ia ditandingi oleh PAN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Bagi PAN, formula pembahagian kerusi yang lebih baik adalah PKR bertanding 21 kerusi DUN di Selangor dan DAP bertanding 15 kerusi. Tapi persoalannya mahukah PKR mendengar cadangan PAN yang umurnya baru setahun jagung dalam politik.

Walaubagaimanapun, malang sekali buat PH di Selangor di mana pembahagian kerusi yang sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan sehingga 7 Februari ini yang mana ianya akan ditentukan oleh Majlis Pimpinan Presiden (MPP) Pakatan Harapan.

Jelas di sini PAN kini mengajar PKR berpolitik. Bagi PAN, PKR tidak boleh menganggap mereka mendominasi Pakatan Harapan sehingga tidak memerlukan pandangan serta persetujuan daripada parti-parti lain dalam sesuatu perkara. Selangor ini bukan negeri PKR, sepatutnya pembahagian kerusi DUN Selangor perlu dimuktamadkan segera dan PKR Selangor kini dilihat hanya mengutamakan kerusi yang banyak berbanding menghormati konsesus PH yang telah dipersetujui sebelum ini.



Comments