ORANG MUAR DAPAT KONDOM PERCUMA JIKA SYED SADDIQ MENANG DALAM PRU



Parti Pribumi Bersatu Malaysia mahu meletakkan Syed Saddiq bertanding di kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum kali ini. Sudah semestinya Syed Saddiq berhak bertanding mana-mana kawasan yang dikehendakinya. Tetapi jangan lupa rakyat bijak memilih pemimpin yang mereka mahukan. Bangsa Johor tidak mungkin akan memilih Syed Saddiq yang kaki disko dan percuma sahaja sekiranya Syed Saddiq Berjaya menang kerusi di Muar, bangsa Johor akan dapat kondom percuma. 

Pengundi lebih bijak menilai untuk memilih wakil yang mampu membawa suara mereka sama ada di peringkat Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Pergilah ke mana sahaja tempat yang Syed Saddiq hendak bertanding, ikut sahaja mana yang Syed Saddiq boleh menang. Lompat sana, lompat sini gunakan Matematik tengoklah berapa pengundi Melayu, berapa pengundi Cina dan berapa sokongan dulu, berapa majoriti yang akan sokong Syed Saddiq. 

Sejauh mana Syed Saddiq mengenali masyarakat dan pengundi-pengundi di Muar? Hakikatnya Syed Saddiq harus mengetahui selok belok di kawasannya terlebih dahulu sebelum tahu selok belok Muar. Kesimpulannya jika Syed Saddiq tidak menyokong Barisan Nasional, itu hak dia, Syed Saddiq tidak perlulah menggunakan media sosial untuk menunjukkan yang dia adalah remaja hebat atau luar biasa

Comments