ORANG CINA JANGAN GILA DAN TAKSUB PADA DAP


 

Orang Cina dinasihatkan agar tidak terlalu gila dan taksub kepada DAP dan mereka seharusnya memilih parti politik atau kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemajuan, pembangunan dan memperjuangkan nasib kaum Cina. Kita semua sedia maklum setiap parti mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri, sebagai contoh DAP telah dikritik kerana tidak melakukan apa-apa bagi memperjuangkan aliran pendidikan Cina dan tidak banyak kandungan manifesto parti itu ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lepas.

DAP parti yang hanya pandai dan bijak berjanji yang indah-indah sebagaimana coretan kisah cinta yang dilakarkan di atas kertas kononnya untuk membantu kaum Cina tetapi cukup lemah dari segi pelaksanaannya. Kaum Cina sepatutnya sedar Parti MCA mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri terutamanya dari segi dana terkumpul yang banyak dan boleh digunakan bagi menggerakkan perkembangkang pendidikan Cina dan seterusnya meningkatkan lagi ekonomi kaum Cina terutamanya usahawan kecil. 

Kesimpulannya  salah untuk masyarakat Cina kembali menyokong parti MCA jika parti terbabit boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada kaum Cina. Jangan terlalu taksub untuk menyokong DAP terutama jika parti itu terus bergerak bersendirian dan tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan parti Melayu seperti PAS.

Comments