NFCorp TIDAK MEMBAZIR DUIT RAKYAT



Dana RM250 juta yang diluluskan kerajaan pada Disember 2007 sebenarnya bukan geran sebaliknya adalah satu bentuk pinjaman yang perlu dibayar balik. Kadar faedah yang dikenakan kerajaan adalah sebanyak dua peratus.

Sebelum projek ini �dibunuh� oleh pihak pembangkang, syarikat NFCorp mempunyai keyakinan tinggi untuk membayar balik pinjaman kerana ia dijangka memperoleh keuntungan RM70 juta setahun berbanding bayaran balik pinjaman sebanyak RM17.7 juta setahun.

Konsep perniagaan syarikat itu jika dilaksanakan sepenuhnya akan menjana pendapatan RM340 juta setahun dengan keuntungan kira-kira 20 peratus daripada jumlah itu atau RM70 juta setahun.

Transformasi perniagaan yang dibawa oleh NFCorp juga akan membantu 310 penternak yang akan membekalkan 186,000 lembu menjelang 2014 melalui kaedah ladang kontrak. Seorang penternak dijangka akan mendapat pendapatan minimum RM10,000 sebulan.

Penglibatan NFCorp akan mengurangkan import daging dari luar negara sebanyak 20 peratus dan mengurangkan penggantungan kepada gelatin import yang 99 peratusnya adalah berasaskan kepada sumber khinzir.

Hakikat itulah yang ditakuti oleh kartel pengimport daging yang dikuasai bukan Melayu yang telah melakukan pelbagai cara bagi �membunuh� NFCorp. Sampai bilakah umat Islam akan terus memakan daging import dari India, Amerika Latin, Australia dan lain-lain negara yang diragui status halalnya?

Cukup menyedihkan apabila orang Melayu menyerang kaumnya sendiri semata-mata untuk memberikan keuntungan kepada kartel pengimport bukan Melayu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 Tidak Menyebut Penyelewengan NFCorp

NFCorp telah menerima surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bertarikh 25 Januari 2012 yang menjelaskan tiada dalam laporan itu yang menyatakan syarikat berkenaan tidak mencapai sasaran.

Sebaliknya, laporan itu hanya menyebut objektif projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) masih belum dicapai sepenuhnya.

NFC diuruskan oleh kerajaan yang memang perlu dipantau oleh Ketua Audit Negara manakala NFCorp adalah entiti perniagaan yang tidak perlu diaudit oleh pihak berkenaan.

Teguran terhadap NFCorp dalam laporan itu hanya mengenai prasarana seperti jalan, pagar dan kolam yang sebenarnya dibina oleh kerajaan tetapi tidak diselenggara dengan baik oleh syarikat berkenaan.

Keadaan itu berlaku kerana sebulan sebelum pengauditan dibuat, banjir besar telah melanda kawasan berkenaan dan belum sempat dibaiki.

MEMANG BENAR RAFIZI RAMLI MEMFITNAH NFCorp.

Comments