NAJIB TELAH LANCAR KR1M 2.0 UNTUK RINGANKAN BEBAN RAKYAT


Kerajaan Barisan Nasional(BN) adalah sebuah parti yang memang sangat menitikberatkan soal kebajikan rakyat. Kerajaan BN sememangnya sangat prihatin terhadap rakyat khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan. Oleh itu, Kerajaan Barisan nasional yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Razak telah melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Sebelum ini, Kedai Rakyat 1 Malaysia 1.0 telah mula dilancarkan pada tahun 2011. Namun, KR1M(1.0) ditutup secara berperingkat pada tahun 2017 kerana kerajaan telah menamatkan kontrak pengendali KR1M( 1.0) iaitu Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).

Pada 4 Februari 2018 yang lalu, Dato’ Sri Najib Razak telah melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 di TMG Mall, Temerloh, Pahang. KR1M(2.0) ini akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Tunas Manja Group (TMG) dan KK Super Mart. Pilihan ini dilihat tepat kerana TMG dan juga KK Mart mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan juga terkenal dengan harga barangan yang murah. KR1M(2.0) telah berlaku pembaharuan sedikit dimana KR1M(2.0) tidak akan dilaksanakan di kedai khusus seperti KR1M(1.0).

Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran merupakan antara ciri pembaharuan yang dibawa menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M 2.0). Pembaharuan ini dibuat setelah kerajaan mengkaji semula kelemahan berdasarkan maklum balas rakyat yang nyata mahukan barangan harian yang berjenama dan murah.

Sebagai permulaan, KR1M( 2.0) akan menjual empat jenis barangan keperluan asas lebih rendah daripada harga pasaran.4 barangan tersebut antaranya adalah gula yang dijual dengan harga RM2.85 sahaja sekilogram (kg) berbanding RM2.95 sekilogram dijual di pasaran biasa.

Seterusnya ialah tepung dimana ianya akan dijual dengan harga RM1.30 sahaja berbanding harga pasaran luar iaitu sekitar harga RM1.70 – RM1.80. Selain itu, beras seberat 10kg akan dijual pada harga RM24.90 sahaja berbanding pasaran luar iaitu sekitar RM26. Barangan asas ke empat adalah minyak masak yang masih dijual dengan harga RM2.50 kerana telah diberikan subsidi oleh kerajaan.

Kerajaan telah menyasarkan untuk membuka sebanyak 300 buah outlet di rangkaian pasar raya TMG dan juga KK Super Mart menjelang hujung tahun ini. Dalam masa 3 tahun lagi, kerajaan pula mensasarkan sebanyak 3,000 outlet akan dibuka di seluruh Negara.

Dengan pembaharuan KR1M(2.0) ini telah membuktikan bahawa Kerajaan BN begitu komited terhadap kebajikan rakyat. Sudah pasti KR1M sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan harian mereka. Rakyat Malaysia patut rasa bersyukur kerana di Negara kita adanya seorang pemimpin yang amat menitik beratkan soal kebajikan rakyat. Jika kita mahu bezakan kerajaan sedia ada dengan pembangkang, kita boleh anggap mereka seperti jauh panggang dari api kerana pembangkang telah membuktikan mereka hanya pandai menabur janji dari menunaikan janji!

Comments