MAMPUKAH PKR PERTAHANKAN KERUSI PERMATANG PAUH PRU 14?



P.44 PERMATANG PAUH Pulau Pinang, merupakan kawasan pilihanraya yang menarik untuk diperkatakan setiap kali menjelangnya suatu pilihan raya. Kawasan yang dikuasai PKR ini sentiasa menjadi tumpuan kerana merupakan legasi keluarga Anwar selama ini.

Pada tahun 1995 kerusi ini dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) di mana Anwar merupakan calon yang mewakili UMNO pada masa itu dan menang dengan majoriti 23,515 undi. 

Sehingga hari ini kawasan ini masih dikuasai PKR dan wakil rakyatnya adalah Presiden PKR Datin Sri Wan Aziziah yang telah mengambil alih kerusi parlimen tersebut dari Anwar Ibrahim yang hilang kelayakan akibat skandal peribadi yang dihadapinya.

Selain BN, PAS juga berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh. PAS baru-baru ini telah mengumumkan untuk bertanding 130 kerusi dalam pilihanraya umum ke 14 kali ini dan Permatang Pauh merupakan salah satu kawasan sasaran parti PAS di Pulau Pinang.

Adalah tidak mustahil kejutan politik bakal berlaku di saat-saat akhir bila PAS memilih untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan BN bagi mengimbangi dan menundukkan Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang. Ini kerana kerjasama ini tidak akan merugikan PAS malahan ianya boleh membawa keuntungan kepada PAS. 

Jika situasi 3 penjuru berlaku, bagaimana pula impaknya? Adakah pertembungan tiga penjuru ini akan menguntungkan BN atau PAS seperti mana yang didakwa ramai penganalisis politik? 

Sudah 17 tahun PKR menguasai parlimen panas ini tetapi sehingga kini tiada satu pun pembangunan yang konsisten dibuat demi keselesaan penduduk dan masyarakat. Wakil rakyatnya pula lebih banyak berada di luar kawasan tanpa mengambil berat kawasannya. 

Kini ada ura-ura mengatakan bahawa PKR hendak meletakkan Naib Presidennya, Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim untuk  bertanding di kawasan ini. Sementara itu Datin Wan Azizah pula dikatakan beralih ke kawasan Lembah klang mungkin kerana beliau takut kalah kepada calon PAS dan BN. 

Dalam hal ini, perlukah legasi keluarga Anwar diteruskan di Permatang Pauh? Rata-rata penduduk dan masyarakat sekarang telah matang dan tahu menilai yang mana baik dan buruk seseorang pemimpin. Pilihanraya adalah tempat untuk rakyat menyatakan hak dalam memilih wakil yang difikir sesuai bagi kawasan mereka. Senario politik di Malaysia sekarang lebih banyak berkisar tentang politik keluarga dan perasaan tidak puas hati setengah pemimpin terhadap orang lain terutama kerajaan yang memerintah. Jesteru pengundi perlulah bijak memilih dan mengundi demi masa depan kawasan mereka.

Comments