MAHATHIR PUAKA SANGGUP JADI BADUT DAP



Semua sedia maklum Pakatan Harapan menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri  hanyalah politik seni dan tipu helah semata-mata termasuklah memanipulasi, mengelirukan dan mempengaruhi minda orang ramai. Ini salah satu bentuk perang saraf politik sama ada dalam pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat politik ini. 

Kita lihat sajalah sama ada Mahathir berjaya memanipulasi pembangkang yang selama ini memusuhi beliau atau pembangkang sendiri yang akan berjaya mengeksploitasi Mahathir. Sama-sama kita lihat nanti siapa yang akan terkena. Hakikatnya tanpa kita sedari DAP ada matlamat sebenar di sebalik pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Politikus sememangnya saling memanipulasi sesama sendiri dan masing-masing ada kepentingan peribadi dan politik sendiri. 

DAP hanya mempergunakan Mahathir untuk menumbangkan Barisan Nasional. DAP tidak akan dapat melakukannya secara bersendirian, kalau bukan Mahathir jadi Perdana Menteri siapa lagi yang sesuai dengan misi untuk meraih sokongan rakyat.  Anwar masih berada di dalam penjara, Wan Azizah pula wanita, wanita tidak sesuai jadi Perdana Menteri. 

Kesimpulannya, DAP mengaburi mata dan pemikiran orang ramai dengan meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri. Secara  tidak langsung kita akan  memfokuskan kepada Mahathir dan melupakan motif sebenar pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Ingatlah jika anda mengundi Pakatan Harapan sama seperti mengundi DAP. Dan mengundi DAP adalah mengundi untuk menjatuhkan kuasa politik orang-orang Melayu di negara sendiri. Itulah cita-cita utama orang-orang bukan Islam (DAP) di negara ini, menumbangkan kuasa politik orang-orang Melayu.

Comments