MAHATHIR MENGATUR STRATEGI MENUMBANGKAN DAN MENGGULINGKAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK



Mahathir telah mengatur strategi rapi dan terperinci dengan mengetuai kunjungan pembangkang Pakatan Harapan ke Amerika Syarikat (AS) dengan matlamat untuk menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Lihat sahajalah tindakan Mahathir itu sama sekali berbeza semasa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjadi Perdana Menteri. Semasa Mahathir menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun Mahathir tidak pernah melakukan tindakan sedemikian rupa. 

Kita boleh melihat segala kritikan, cemuhan dan tohmahan Mahathir hanyalah berkisar kepada kritikan negative terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan langsung tiada perkara khusus bercakap sebagai contoh soal masa depan, isu pendidikan, ekonomi dan agama apatah lagi perkara yang berkaitan dengan agenda Melayu dan Bumiputera. Sehingga kini, Mahathir terus menerus mengkritik dan melemparkan tohamahan serta cacian kepada Najib dan UMNO membuktikan Mahathir berdendam, sangat terdesak sehinggakan sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu bagi meraih sokngan, undian serta popularity daripada pengundi-pengundi di luar sana. 

Ini membuktikan Mahathir bukanlah seorang pemimpin contoh yang terulung, hebat, berkaliber dan berwibawa kerana apa sahaja yang Mahathir lakukan ini bukannya akan membawa sebarang kebaikan, manfaat, kemajuan dan pembangunan kepada rakyat tetapi lebih kepada memikirkan kepentingan dan kebajikan rakyat, kekuasaan, kerakusan, tamak, pendendam dan pengaruh semata-mata. 

Mahathir sepatutnya menunjukkan bahawa dirinya anak jantan dan sebagai anak jantan, Mahathir sepatutnya menunjukkan bahawa kekaliberan, kepimpinan dan kewibawaan mereka kepada rakyat dan bukannya mahu menjatuhkan dan menumbangkan pemimpin UMNO semata-mata. Kalau Mahathir mahu jadi anak jantan yang sebenar berlawanlah dengan Najib dan Kerajaan UMNO ketika mereka masih lagi bersama-sama dengan UMNO dulu.

Tetapi ini tidak, Mahathir tidak teragak-agak terus menerus menyerang melawan dan menumbangkan Najib dan Kerajaan UMNO dan seterusnya disambut oleh orang kuat Mahathir siapa lagi kalau bukan Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli dalam PPBM yang sentiasa berusaha mencari salah dan kelemahan Najib.

Kesimpulannya parti yang dipimpin oleh Mahathir hanyalah mahu mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi mereka sendiri dengan memburukkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan UMNO di mata rakyat asalkan dapat menumbangkan Najib dan UMNO.

Comments