Pelantikan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan masyarakat Cina mengenai halatuju Pakatan Harapan yang tiba-tiba membelakangi prinsip mereka. Pakatan Harapan kononnya menentang pemimpin zalim, tetapi mengangkat pemimpin zalim sebagai pemimpinnya.
Mahathir, selain telah memenjarakan sebilangan pemimpin Pakatan Harapan, diketahui tidak menyukai masyarakat Cina. Sebagai contoh, di dalam perhimpunan Perkasa pada 14 Jun 2010, beliau dengan selambanya mengatakan bahawa orang Cina suka berjudi sebagai mengambarkan bahawa masyarakat Cina adalah masyarakat yang suka melakukan perkara-perkara negatif.
"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi”
Ada yang menyangka bahawa pendirian Mahathir terhadap masyarakat Cina berubah apabila PPBM menyertai Pakatan Harapan pada 20 Mac 2017. Tetapi beliau masih mengekalkan pendiriannya dengan menakut-nakutkan masyarakat Melayu mengenai ancaman kaum Cina di dalam majlis “Dialog Tokoh Politik Bersama Cendekiawan Melayu: Hala Tuju Politik Melayu” di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, tengahari tadi, 25 Julai 2017.
“Jadi akhirnya mungkin Cina akan menjadi bahasa kebangsaan. Kenapa? Kerana orang-orang Melayu lemah. Mereka bergaduh antara satu sama lain dan mereka sudah menjadi lemah.”
“Sepatutnya mereka (orang Melayu) bersatu, kalau ada masalah pun berdebat dalam kumpulan kamu. Tapi bila kamu berpecah kepada empat parti lima parti, kamu semua menjadi lemah. Dan kita bila lemah, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah. Dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak ada timbal balas. Kamu dapat bantuan, sokongan, kamu kena bagi sesuatu. Dan kita sedang, selama ini kita mengalah sedikit demi sedikit demi sedikit. Menjelang 2050 tiada lagi bahasa Melayu.”
Terdapat satu peribahasa Cina yang jelas menggambarkan pelantikan Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan kesannya kepada masyarakat Cina:
狐狸看鸡,愈看愈稀 (Apabila musang menjaga ayam, bilangan ayam akan kurang dan terus berkurangan) ataupun seperti kata pepatah Melayu, “Harapkan pagar, pagar makan padi.”
Mahathir kata masyarakat Cina suka berjudi. Buktikan beliau salah dengan tidak memperjudikan masa depan negara dengan mengundi Pakatan Harapan pimpinan beliau!
Comments
Post a Comment