MAHATHIR DAN MUKHRIZ NYANYOK, NAK BERTANDING GUNA LESEN PARTI ANTI-ISLAM DAP






Hangat baru-baru ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Mahahtir dan anaknya Mukhriz sebagai Timbalan Presiden PPBM telah melancarkan tabung untuk meminta sedekah dari rakyat. Kutipan dari tabung tersebut kononnya akan dijadikan sebagai dana untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Apa yang memalukan adalah bagaimana seorang yang kaya raya dengan harta berbilion ringgit bersama anak-anaknya ingin meminta sedekah dengan rakyat. Terbaru Mahathir meminta kepada golongan yang layak menerima BR1M untuk menderma duit tersebut ke dalam tabung PPBM menggunakan duit BR1M berkenaan. Hal ini sungguh memalukan dan agak biadap kelakuan Mahathir dan Mukhriz. 

Kehangatan itu seolah telah ditambah lagi apabila kedengaran bahawa Mahathir dan Mukhriz akan bertanding atas tiket DAP. Berita ini sangat-sangat mengejutkan ramai pihak kerana PPBM yang dikatakan parti untuk Orang Melayu akan bertanding dibawah logo DAP iaitu parti Anti-Islam. 

Difahamkan sebab Mahathir dan Mukhriz ingin lari ke DAP adalah kerana PPBM tidak mendapat sambutan dari orang Melayu. Hal ini boleh dilihat hampir setiap hari pasti akan ada masalah yang wujud di dalam PPBM. Baik di peringkat akar umbi mahupun dari pucuk pimpinan parti PPBM sendiri. 

Antara faktor lain yang menyebabkan Mahathir dan Mukhriz terpaksa menumpang di bawah payung DAP adalah kerana isu masalah pendaftaran parti tersebut yang sehingga kini belum lagi diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Jika masalah pendaftaran PPBM masih lagi belum selesai, berkemungkinan besar PPBM tidak layak untuk bertanding pada PRU-14 nanti. 

PPBM yang dilihat baru berusia setahun jagung ternyata masih belum cukup kuat dan matang untuk bertanding di PRU nanti. PPBM menjadi bertambah parah sebaik sahaja kehadiran diktaktor Mahathir ke dalam parti tersebut. Parti itu dilihat semakin huru-hara berikutan ramai ahli PPBM yang mengumumkan untuk keluar dari PPBM kerana perjuangan parti tersebut yang dilihat semakin hari semakin terpesong dari matlamat asal penubuhan parti PPBM sebaik sahaja Mahathir mendapat tempat didalam parti itu. 

Ketika menjadi PM dahulu, Mahathir seringkali mengingatkan orang Melayu supaya jangan sesekali menyokong parti rasis DAP. Perjuangan utama DAP sehingga kini adalah untuk memecah belahkan orang Melayu. Mereka mahu bangsa cina menguasai negara ini dan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu. Agama rasmi di Malaysia yang kini adalah Islam akan turut ditukar sebaik sahaja DAP memerintah negara nanti. 

Adakah Mahathir sudah mula lupa dengan segala kata-kata dan nasihat beliau terhadap orang melayu dahulu untuk berjihad menentang DAP dari memerintah Negara ini? Apa akan jadi sekiranya Mahathir berjuang di atas tiket DAP nanti? Adakah matlamat Mahathir sekarang sudah sehaluan dengan matlamat DAP? Adakah matlamat PPBM untuk membela hak-hak orang Melayu sekadar auta untuk meraih undi rakyat sahaja? Mahathir memang seorang pelupa, dahulu dibilang jijik kini dibilang suci. Mahathir mudah lupa. 

Pendek kata, sebagai sebuah Negara islam kita harus kekalkan keharmonian negara ini bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik. Kita seharusnya tolak pemimpin-pemimpin yang tidak berpendirian tepat kerana ia akan memusnahkan negara kita suatu masa nanti. Ayuh kita sama-sama bersatu hati untuk kekalkan legasi Dato’ Sri Najib Razak untuk terus berkembang dan menabur jasa kepada Negara. 



Comments