Semua orang tahu bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjadikan Permatang Pauh sebagai kubu kuat mereka di Pulau Pinang dalam mana-mana pilihanraya umum. Penguasaan legasi Anwar di kawasan ini amat ketara sehingga kerusi ini kekal di tangan PKR bertahun lamanya dan sukar disentuh parti lain.
Penguasaan keluarga Anwar di kawasan ini memang telah diketahui umum dan difahamkan kebanyakan penduduk di kawasan ini mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim. Tidak dinafikan bahawa kekuatan PKR di Permatang Pauh sebenarnya datang dari Anwar Ibrahim itu sendiri. PKR kuat kerana gerakan reformasi untuk memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim yang teraniaya pada zaman pemerintahan Tun M. Tapi kini, rakyat mulai mempersoal legasi Anwar kerana memilih untuk bekerjsama dengan Tun M yang suatu ketika dahulu menjatuhkannya dengan cara keji.
Jesteru itu, PKR dan keluarga Anwar sebenarnya hanya mendapat sokongan dan simpati pengundi yang mengundi mereka di Permatang Pauh ketika zaman reformasi. Oleh itu, kali ini politik di Permatang Pauh bakal berubah dan amat berbeza
Comments
Post a Comment