KERAJAAN MANA LEBIH BERKEBAJIKAN? BN ATAU PH


Isu perumahan mampu milik sememangnya menjadi isu yang hangat dan tumpuan di kalangan orang-orang muda di Malaysia kerana di kalangan orang muda ramai yang mahu memiliki rumah. Jesteru itu, pihak kerajaan baik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bekerja keras untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.

Rumah Selangorku adalah projek yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah selain Rumah PRIMA yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

Malang buat Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan bila membatalkan 9 projek Rumah Selangoku yang diluluskan sebelum ini. Keputusan itu dibuat Kerajaan negeri Selangor semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku berikutan kegagalan pemaju mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Apabila pemaju diberi kelulusan untuk membina Rumah Selangorku oleh MMKN, mereka diberi tempoh dua tahun untuk memulakan pembinaan. Surat peringatan dan notis juga kita dikeluarkan secara berperingkat bagi setiap tempoh tertentu. Keputusan membatalkan projek ini adalah kerana pemaju tidak berupaya untuk menyiapkan projek yang diberikan.

Pembatalan 9 projek tersebut yang akan disahkan oleh MMKN melibatkan tiga projek di Kajang, dua projek di Selayang dan masing-masing satu projek di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang Jaya dan Klang. Persoalannya sekarang, mengapa Kerajaan Negeri tidak menapis dahulu prestasi pihak pemaju yang dilantik untuk menjalankan projek Rumah Selangorku. Bila masalah besar berlaku, rakyat yang terpaksa menanggungnya akibat pembatalan projek tersebut.

Kini janji-janji Kerajaan Selangor seolah-olah tidak tertunai apabila kerajaan PH tidak mampu menyediakan perumahan rakyat kepada rakyat Selangor dengan terbatalnya 9 projek perumahan Rumah Selangorku. Daripada 150,000 buah unit yang dijanjikan hanya 3% sahaja yang mampu disiapkan dan diserahkan kepada pemilik rumah. 

Berbeza pula dengan projek perumahan PR1MA kerajaan pusat yang akan membina lebih 200,000 rumah dengan 190 projek berjalan lancar dan ramai rakyat yang sudah memperoleh rumah mereka. Di sini kita mampu menilai, Kerajaan mana yang mengotakan janji dan mampu menjaga kebajikan rakyat. Fikir-fikirkan.




Comments