Mahathir dan parti PPBM masih belum mendapat kelulusan daripada ROS kelihatannya tidak akan kekal lama dan akan berpecah apabila mereka bakal berhadapan dengan konflik dan kepentingan politik yang bercanggah. Kalau ada pun pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin, Muhyiddin seorang yang angkuh dan sombong malahan bersikap kedekut dan enggan menghulurkan bantuan kepada mana-mana individu yang menghadapi masalah.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan, kebajikan rakyat. Mereka terlalu materialistik hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa, pangkat, darjat, kekayaan sehinggalah akhirnya mereka lupa kepada perjuangan asal dan sebenar mereka.
Oleh itu, kita lihat tindakan keputusan Mahathir untuk menubuhkan parti baru BERSATU dilihat sebagai satu tindakan tergesa-gesa, tidak matang dan kurang cerdik. Malah penubuhan parti tersebut tidak mendatang sebarang faedah kepada rakyat tetapi hanya memecahkan rakyat terutamanya kepada golongan Melayu.
Kesimpulannya, perlu diingatkan, jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa.
Comments
Post a Comment