Kegolojohan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah kononnya yakin mampu bertahankan kerusi Lembah Pantai pada PRU 14 hanyalah impian dan angan-angan kosong. Kita tengok sajalah Nurul Izzah diibaratkan seperti wakil rakyat Touch n Go kerana tidak berkhidmat di kawasan sendiri. Nurul Izzah tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya terhadap rakyat kawasan Lembah Pantai yang mengundinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Nampak bukan perbezaan dan banyakkan perbezaan di antara pemimpin yang mahu berbakti dan berkhidmat kepada rakyat dengan pemimpin yang mempergunakan dan memperdayakan rakyat untuk mencapai cita-cita mereka serta agenda peribadi dan kepentingan politik mereka.
Nurul Izzah sibuk berpolitik semata-mata demi kepentingan peribadi sehinggalah rakyat yang perlu diberikan sepenuh perhatian terabai dan diabaikan begitu sahaja. Nurul Izzah sendiri terlalu asyik dan ghairah berpolitik sehinggalah terkontang kanting dan tiada pembelaan. Rakyat Lembah Pantai seharusnya bijak dan membuka siapa pemimpin yang lebih layak dan perlu dipilih demi masa depan generasi akan datang dan bukannya masih lagi terbelenggu dengan sentiment emosi dan perasaan kepada keluarga Anwar Ibrahim.
Kesimpulannya Nurul Izzah tidak layak bertanding di Lembah Pantai dan jangan haraplah Nurul Izzah boleh menang dan kekalkan kedudukannya di Lembah Pantai. Hakikatnya Nurul Izzah tak layak langsung menang di Lembah Pantai.
Comments
Post a Comment