KAKITANGAN AWAM PEMALAS, MEMBEBANKAN, KATA JANDA POWER NURUL IZZAH










Kita perlu ingat jika parti pembangkang Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum kali ini, agenda pertama yang akan Pakatan Harapan lakukan, adalah mengecilkan jumlah kakitangan awam dan akan mengurangkan separuh daripada kuantiti sedia ada dengan sebab dan alasan penjawat awam pemalas, menyusahkan dan membebankan kerajaan. 

Kita sebagai penjawat awam sanggup ke menjadi salah seorang mangsa yang bakal dipecat daripada jawatan? Sudah tentu dan pastinya kita tidak sanggup menjadi mangsa penjawat awam yang dipecat dan diberhentikan. Pemimpin Pakatan Harapan ini duduk bersama dengan penjawat awam di rumah atau di mana-mana sahaja ke sehinggakan mudah sangat menuduh dan memfitnah penjawat awam pemalas dan membebankan. 

Zalim bukan, padahal secara keseluruhannya penjawat awam majoritinya kaum Melayu dan Bumiputera dan motifnya untuk membantu rakyat  atau mahu menzalimi rakyat khususnya Melayu? Orang yang pertama dengan angkuhnya berkata jika parti pembangkang Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan nanti, perkara utama mereka akan lakukan kecilkan jumlah dan bilangan kakitangan awam. 

Kesimpulannya, kita perlu pastikan Pakatan Harapan kalah dalam pilihan raya agar kita tidak menjadi mangsa diberhentikan daripada kakitangan awam. Ingatlah hanya Kerajaan Barisan Nasional satu-satunya parti yang benar-benar menjamin dan memastikan nasib penjawat awam terbela.

Comments